Sebuah kementerian baharu akan diwujudkan bagi menangani cabaran sosial dan ekonomi bandar seiring dengan anjakan corak demografi bandar di negara ini, janji Barisan Nasional (BN).
Menurut Manifesto BN yang dilancarkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam ini, tindakan itu adalah perlu kerana lebih daripada 70 peratus penduduk negara ini tinggal di kawasan bandar.
Selain itu, BN juga berjanji menyediakan perumahan awam berkualiti khusus untuk generasi muda yang mencari kerja, serta memulihkan semula rumah kos rendah dan flat di bandar-bandar dan mengambil alih penyelenggaraan prasarana perumahan awam.
BN juga berjanji untuk membina kemudahan dan kawasan rekreasi bagi meningkatkan kualiti hidup di bandar, selain memastikan kemudahan pendidikan, latihan dan perkhidmatan kesihatan mencukupi.
Parti komponen itu juga akan menambah baik rangkaian pengangkutan antara bandar dan penempatan, selain membuka lebih banyak Anjung Singgah, iaitu pusat perlindungan sementara untuk golongan gelandangan di kawasan yang diperlukan di bandar-bandar.
Pada masa ini kerajaan BN telah membuka sembilan Anjung Singgah yang turut menyediakan makanan dan rundingan kerjaya kepada golongan tersebut.
Selain itu, BN berjanji untuk menambah perwakilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam dalam kerajaan tempatan.
Bernama
Sat Apr 06 2013
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
PRK Nenggiri: Awie beri jaminan manifesto BN bukan retorik
Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani memberi jaminan manifesto yang bakal dilancarkan beliau bukan sekadar retorik.
PRU15: Tawaran manifesto BN berasas, tidak timbul soal siapa tiru siapa - Mahdzir
Dalam tawaran manifesto, apa yang penting ialah manfaat buat rakyat, bukan untuk parti politik.
PRU15: PM setuju agih komputer riba percuma pada M40 - Zahid Hamidi
Pemberian komputer riba secara percuma akan turut diperluas kepada pelajar anak golongan M40 sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.
PRU15: Manifesto BN akan ditambah perkara dalam konteks Sabah - Bung Moktar
BN Sabah akan menambah beberapa perkara di dalam manifesto BN bagi PRU15 melibatkan konteks Sabah.
PRU15: Komputer riba percuma kepada pelajar M40, guru jika BN menang - Zahid
BN sedia memanjangkan pemberian komputer riba secara percuma kepada pelajar M40 dan guru sekiranya memenangi PRU15, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
PRU15: Manifesto BN 'PADU' ambil kira kepentingan semua lapisan rakyat - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan semalam telah mengambil kira kepentingan semua lapisan rakyat.
PRU15: Isu pendidikan jaminan berharga ditawar dalam manifesto BN - Reezal Merican
Manifesto BN pada PRU15 mencakupi semua dan bersifat inklusif dalam membantu rakyat Malaysia, kata Reezal Merican.
PRU15: 'Manifesto BN praktikal, bukan merepek seperti PH pada PRU14' - Mahdzir
Mahdzir Khalid berkata, manifesto PRU15 yang dikemukakan BN adalah suatu yang praktikal dan mampu dilaksanakan, bukan merepek seperti PH pada 2018.
PRU15: BN lancar manifesto malam ini, garis 10 teras, 99 tawaran
Kesejahteraan rakyat, pertumbuhan ekonomi yang stabil, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta pendidikan, adalah antara keutamaan manifesto Barisan Nasional (BN) pada PRU15.
PRU15: Ismail Sabri beri bayangan manifesto BN ada 'tawaran besar' buat pengundi muda
Manifesto Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangkakan memberi 'tawaran besar' buat golongan muda di negara ini.