Kementerian Kesihatan akan membuat keputusan mengenai tindakan selanjutnya jika waris warga Korea Utara Kim Jong Nam yang dibunuh, tidak menuntut mayat selepas tempoh masa tertentu, kata menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Walaupun tida ada tempoh yang ditetapkan tentang bila mayat harus dituntut, kerajaan masih berharap saudara-mara Jong Nam akan tampil dan memberi sampel DNA untuk melengkapkan prosedur forensik, katanya.
"Setakat ini, tiada ahli keluarga tampil untuk membuat pengecaman atau menuntut mayatnya. Kita memerlukan sampel DNA ahli keluarga untuk memadankannya dengan profil si mati.
"Undang-undang Malaysia menyatakan mayat si mati hanya boleh dituntut selepas selesai proses DNA memandangkan warga Korea Utara itu menggunakan dua nama - Kim Chol dan Jong Nam. Kita mahu membuat kesimpulan dan sebab itulah kita memerlukan sampel DNA untuk mengesahkan identitinya," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.
Ketika ditanya berapa lama mayat Jong Nam akan disimpan, Dr Subramaniam berkata, kes berprofil tinggi itu mempunyai banyak implikasi dan kementerian akan membuat keputusan yang sewajarnya selaras dengabn undang-undang negara.
Dr Subramaniam menjelaskan berkata mayat warga Malaysia yang tidak dituntut boleh disimpan sehingga tiga hingga empat bulan dan akan diserahkan kepada badan-badan sukarela untuk upacara penghormatan terakhir dengan kebenaran polis selepas mengiklankannya dalam akhbar tempatan.
"Bagaimanapun, kes ini (Jong-nam) melibatkan warga asing dan ia memerlukan pandangan pihak-pihak berkenaan.
"Dalam kes ini yang dianggap sangat luar biasa, kerajaan akan membuat keputusan selepas mayatnya tidak dituntut untuk tempoh yang lama dengan mengambil kira sistem antarabangsa dan hubungan dua hala dengan antara kerajaan," kata beliau.
Ketika ditanya sama ada beliau telah menemui pegawai tertinggi Korea Utara, yang gtelah datang ke Malaysia, Dr Subramaniam beliau tidak menemui pegawai tersebut.
"Apapun permintaan mereka, jawapan kita tetap sama dan kita tidak akan tunduk. Malaysia akan mematuhi protokol dan telah mengenal pasti punca kematian, dan tidak akan mengubahnya atas apa-apa sebab.
"Kita bertegas dalam keputusan bahawa kita tidak akan menyerahkan mayat sehingga kita telah membuat pengecaman dan hanya akan menyerahkannya kepada saudara-mara yang sah," katanya.
Ketika ditanya sama ada Kementerian Kesihatan akan menghubungi waris atau saudara-mara, Dr Subramaniam berkata ia harus dilakukan oleh polis dan Kementerian Luar.
Kepada satu soalan, Dr Subramaniam berkata tiada tanda-tanda keracunan agen saraf VX pada kedua-dua suspek wanita, yang ditahan selepas pembunuhan itu.
"Saya juga telah mengarahkan 13 kakitangan perubatan, yang menyentuh mayat Jong-nam di klia2, ambulans dan Hospital Putrajaya dipantau untuk tanda-tanda dan menentukan sama ada mereka mengalami kontaminasi," katanya.
Jong Nam berada di klia2 pada 13 Feb untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila dua wanita tiba-tiba menghampirinya dan menyapu mukanya dengan tapak tangan mereka yang disembur dengan cecair beracun yang kemudian dikenal pasti sebagai agen saraf VX.
Jong Nam dilaporkan meminta bantuan di kaunter khidmat pelanggan di lapangan terbang sebelum dikejarkan ke Hospital Putrajaya tetapi meninggal dunia dalam perjalanan.
Beliau tiba di Malaysia pada 6 Feb. -- Bernama
Bernama
Wed Mar 01 2017
Menurut Subramaniam, walaupun tidak ada tempoh yang ditetapkan tentang bila mayat harus dituntut, kerajaan masih berharap saudara-mara Jong Nam akan tampil dan memberi sampel DNA untuk melengkapkan prosedur forensik. - Gambar fail
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Kenaikan premium insurans perubatan harus munasabah, tidak membebankan - PM
Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan akan menentukan kawalan supaya kenaikan premium insurans perubatan tidak terlalu tinggi, kata PM.
Nahas lima kenderaan di Kajang: Van langgar ambulans berhenti rawat mangsa kemalangan
Naazron berkata sebelum itu, terdapat kemalangan lain berlaku di lokasi berkenaan yang membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal.
Menelusuri landskap penyakit jarang jumpa di Asia
Malaysia, berpotensi mendukung pemajuan penjagaan dan rawatan bagi rantau ASEAN dengan membangunkan ekosistem yang menggalakkan kesedaran, kesediaan, mempercepat peraturan dan kepimpinan dasar.
Kempen Komuniti Penyayang 2024 Ayam Brand tumpu pemakanan sihat, kecergasan fizikal
Tumpuan kepada membentuk tabiat pengambilan makanan berkhasiat yang mengandungi Omega-3, selain mempromosi gaya hidup aktif.
Penyasaran subsidi kesihatan awam mampu dilaksana - Dr Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyasaran subsidi kesihatan awam sedang diteliti dan dilihat mampu dilaksanakan dengan algoritma dan sifir khusus.
Parlimen laksana tiga program promosi gaya hidup sihat untuk wakil rakyat
Parlimen hari ini melaksanakan Program Kesejahteraan Kesihatan Bersama Ahli Parlimen untuk mempromosi gaya hidup sihat.
Akta 852: JKN Perlis pergiat gerak kerja beri penerangan, pemahaman masyarakat belum mantap
JKN Perlis mempergiat gerak kerja memberikan penerangan mengenai Akta 852 yang berkuat kuasa 1 Okt lepas bagi meningkatkan kefahaman masyarakat.
KKM nafi kecam lagu APT nyanyian Rose Blackpink, Bruno Mars
KKM menjelaskan, sebarang kenyataan berhubung artikel yang dikaitkan dengan KKM itu tidak dikeluarkan atau dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia.
Anggur 'Shine Muscat' tiada racun berbahaya - KKM
Tiada sampel anggur daripada jenis 'Shine Muscat' mengandungi residu racun perosak melebihi kadar maksimum yang dibenarkan (MRL), kata KKM.
KKM tubuh dua jawatankuasa kerja tingkatkan tahap kesihatan Orang Asli
Kementerian Kesihatan akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli dan Jawatankuasa Teknikal Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli dalam masa terdekat.