KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara akan memberi fokus kepada usaha menangani isu sensitif yang boleh menggugat keharmonian dan kesejahteraan negara khususnya melibatkan institusi raja, agama dan bangsa (3R).
Menteri berkenaan Datuk Aaron Ago Dagang berkata kementerian itu akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) susulan terdapat pelbagai isu sensitif yang menyentuh 3R menerusi platform media sosial.
"Beberapa hari lepas, kita telah mengadakan mesyuarat bersama KKD sebab mereka yang melihat hari ke hari isu-isu (3R) yang berada di akhbar dan platform media sosial seperti TikTok, YouTube dan lain-lain.
"Kita akan bersama-sama dengan KKD cuba menangani isu ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan rasmi ke Arkib Negara Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, Aaron berkata pihaknya telah merangka beberapa program menerusi agensi di bawah kementerian itu bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.
"Agensi utama sebelum ini ialah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional yang berada di semua negeri dan sekarang kita mempunyai agensi lain seperti Arkib Negara, Muzium Negara dan Perpustakaan Negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 15 2022
Datuk Aaron Ago Dagang berkata kementerian itu akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) susulan terdapat pelbagai isu sensitif yang menyentuh 3R menerusi platform media sosial. - Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.
Penerbit diseru hasilkan lebih banyak karya semarakkan perpaduan, patriotisme
Aaron berkata seni perfileman mampu sampaikan mesej perpaduan dan jadi platform bagi mengingatkan semua tentang jati diri rakyat Malaysia.
Kementerian Perpaduan berjaya laksana lebih 300 program berimpak tinggi tahun ini
KPN laksanakan program merapatkan jurang sosial rakyat Malaysia sekali gus meraikan kepelbagaian budaya, adat resam, perayaan dan warisan.
PM Anwar santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia untuk mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam bingkai kesatuan dalam aspek hubungan sesama rakyat.
Inisiatif Harmoni MADANI dekatkan pelbagai penganut agama - Aaron
Inisiatif Harmoni Madani yang dijayakan sepanjang tahun 2024 telah meningkatkan kefahaman mengenai kepelbagaian agama, budaya dan adat resam bagi memperkukuhkan hubungan kebersamaan dan keharmonian.
Intercontinental World Cultures kembali sebagai hab budaya bermula 19 Nov ini
Acara itu menyatukan negara dari seluruh dunia dalam kepelbagaian perayaan dan mencetuskan hubungan dan komunikasi di luar batas sempadan.
Kemenangan besar parti Presiden Sri Lanka dilihat sebagai sokongan untuk perpaduan
Kemenangan besar parti Presiden Sri Lanka, Anura Kumara Dissanayake, dalam Pilihan Raya Parlimen pada Khamis dipuji sebagai sokongan untuk perpaduan nasional.
Khutbah platform nasihat jemaah, galak perpaduan - Mohd Na'im
Mohd Na'im tegaskan, peranan utama khutbah adalah untuk menyampaikan nasihat serta menggalakkan perpaduan dalam kalangan umat Islam.
Arkib Negara harap terbitkan Daftar Kata Bahasa Kolokial sebagai usaha martabat bahasa kolokial
Konvensyen Kebangsaan Bahasa Kolokial bertujuan untuk menaikkan martabat bahasa perbualan yang belum diterokai, dikaji dan didokumentasikan.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.