UMW Toyota Motor telah mendapat pengesahan daripada pihak Toyota Motor Corporation (TMC) bahawa terdapat lebih kurang 97,000 unit kenderaan model-model Toyota tempatan yang terlibat dengan kempen servis yang sedang dijalankan.

Model-model tersebut adalah Camry, Altis Vios, Yaris dan RAV4, khusus untuk yang dihasilkan daripada tahun 2001 hingga 2007.

Kempen servis ini telah dimulakan oleh TMC untuk menghindari kemungkinan beg udara hadapan yang kurang sempurna pembuatannya berfungsi dengan cara tidak normal ketika kemalangan. Dengan itu, TMC telah mula menggantikan modul pengembung beg udara hadapan itu – untuk penumpang dan pemandu.

UMW Toyota Motor akan menghubungi pelanggan-pelanggan yang terlibat sebelum kerja-kerja berkaitan dapat dilakukan; atau selepas mendapati modul sedia ada memang ada isu berkaitan. Tidak ada kos yang akan dikenakan kepada pemilik kenderaan terlibat.

Tidak ada model Toyota dan Lexus yang dijual oleh UMW Toyota Motor yang dihasilkan sebelum tahun 2001 atau selepas 2007 yang terlibat di dalam kempen ini.