Kemunculan banyak parti politik baharu di negeri ini setiap kali menjelang musim pilihan raya diibaratkan sebagai 'ketibaan musim buah-buahan'.
Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Johnny Mositun berkata parti-parti politik baharu dan pemimpin mereka kini sedang giat mencari 'buah-buahan yang hampir masak' demi kepentingan sendiri.
"Mereka ini umpama mencari buah-buahan yang dekat-dekat masak. Itu anggapan (perumpamaan) kita. Pada anggapan kita, setiap pilihan raya semua pemimpin pembangkang baru turun padang.
"Namun bagi Barisan Nasional (BN), kita telahpun turun padang sejak kita menang pada pilihan raya lalu hinggalah sekarang. Kita beri apa sahaja bantuan yang diperlukan kepada masyarakat sama ada di sekitar kampung atau di seluruh Sabah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program 'Sungkadon Obstacle Sprint Run' di Kampung Sungkadon dekat sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kerja Raya yang juga Anggota Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Acara yang berjaya menarik lebih 400 peserta dari seluruh Sabah itu dianjurkan oleh Casero Events dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia, manakala majlis penyampaian hadiah disempurnakan menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Mengulas lanjut, Mositun berkata motif parti pembangkang yang tiba-tiba menonjolkan diri melalui pelbagai saluran termasuk media sosial sememangnya mencurigakan, namun BN tidak berasa gentar kerana sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi pilihan raya.
Mengenai beberapa kes anggota dan pemimpin PBS meninggalkan parti berkenaan, Mositun yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah mendakwa ada pihak yang percaya bahawa parti pembangkang menjanjikan imbuhan kepada mereka yang meninggalkan parti itu.
"Bagi kita dalam PBS atau dalam komponen BN, kita bukan mahu tanya apa yang parti harus beri kepada kita tetapi kalau kita menyertai PBS, kita harus tanya apakah sumbangan kita untuk parti," tegasnya.
Mengenai pengundi muda, Mositun berharap golongan itu tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang selain perlu memeriksa fakta yang disebarkan pembangkang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 26 2017
Datuk Johnny Mositun berkata parti-parti politik baharu kini sedang giat mencari 'buah-buahan yang hampir masak' demi kepentingan sendiri. - Foto Bernama
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
PRU15: Kerjasama PBS dan Warisan tidak mustahil - Johnny Mositun
Parti Bersatu Sabah (PBS) tidak menolak kemungkinan kerjasama di antara parti itu dengan Parti Warisan pada masa depan.
Semua pihak termasuk pembangkang perlu sokong RUU Anti-Lompat Parti - Johnny Mositun
Amalan melompat parti merupakan budaya yang tidak sihat dan boleh menghuru-harakan keadaan politik negara atau negeri, khususnya kerajaan yang dipilih rakyat.
ADUN pembangkang Sabah bukan lagi bersama BN
Semua Ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang di Sabah yang mengangkat sumpah hari ini tidak lagi menjadi wakil rakyat dari Barisan Nasional (BN) kecuali UMNO yang sudah meninggalkan gabungan itu.
Kemunculan parti politik baharu umpama 'ketibaan musim buah-buahan' - PBS
Datuk Johnny Mositun berkata parti-parti politik baharu kini sedang giat mencari 'buah-buahan yang hampir masak' demi kepentingan sendiri.
Ongkili jalankan tugas presiden PBS berkuatkuasa serta-merta
Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili akan menjalankan tugas presiden parti berkuatkuasa serta-merta.