KUALA LUMPUR: Kenaikan harga barangan terutama barang basah sejak kebelakangan ini benar-benar memberi kesan kepada pengguna yang masih berdepan dengan pandemik COVID-19 dan meminta sesuatu dapat dilakukan agar kenaikan harga itu dapat dikawal.
Tinjauan Bernama di Pasar Datuk Keramat di sini mendapati kenaikan harga barang pada sekitar 10 hingga melebihi 50 peratus mengikut jenis harga barang dan pengguna ditemui mengharapkan kenaikan itu hanyalah sementara.
Seorang pengguna Zamri Husin, 48, berkata harga daging lembu tempatan umpamanya, kini mencecah RM34 sekilogram berbanding sekitar RM28 sekilogram sebelum ini.
"Itu belum lagi harga tulang dan paru yang turut meningkat beberapa peratus. Harga sayur pun naik antara 10 sen dan hampir RM1. Saya rasa kena kawallah kalau tidak beban kami sebagai pembeli terus bertambah," katanya.
Seorang suri rumah Fauziah Hasnan, 47, turut merungut tentang kenaikan harga ayam yang kini dakwanya mencecah RM9 sekilogram berbanding RM7 sebelum ini.
"Harga ini dah berlanjutan sejak beberapa bulan. Harga terus naik tidak turun-turun dan yang bebannya kamilah," katanya.
Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyatakan bahawa kenaikan harga ayam dan sayur-sayuran berpunca peningkatan kos operasi syarikat penternakan, kos import, kenaikan harga baja dan racun antara punca menyumbang kepada kenaikan harga produk itu di pasaran ketika ini.
"Beberapa pelan tindakan sedang dirangka melibatkan ketiga-tiga kementerian (Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan) dan saya amat berharap tindakan ini dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin bagi membantu pengguna dan peniaga yang terkesan teruk," kata Nanta menerusi kenyataan di Facebook pada 25 Nov lepas.
Kenaikan harga barang basah itu sebenarnya turut merunsingkan para peniaga dan mengatakan kenaikan itu tidak dapat dielakkan atas beberapa faktor terutama daripada pihak pembekal.
Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPPKMWP) Mohammad Pandu Insani Yahya berkata berikutan itu peniaga juga terpaksa mengeluarkan modal tinggi untuk mendapatkan barangan tersebut menyebabkan berlaku sedikit kenaikan harga.
"Apabila kami beli pun harganya sudah meningkat, kos kenaikan itu juga terpaksa ditanggung pembeli namun saya harapkan peniaga janganlah ambil kesempatan untuk naik harga melambung. Kadang-kadang kami rugi apabila pembeli tidak membeli barangan kami," katanya.
Seorang peniaga daging lembu tempatan Muhammad Latiff, 25, mengakui harga seperti daging lembu tempatan, paru dan tulang import agak sedikit meningkat hingga ada pembeli enggan membeli daging kerana dikatakan mahal.
Sementara itu, peniaga ayam, Zakaria Hamzah, 35, berkata peningkatan harga ayam kali ini membuatkan dia sebagai peniaga rasa tertekan kerana berada dalam dilema antara pelanggan dan pembekal.
"Kami sebagai peniaga perlu menaikkan harga barang, kalau dahulu kami boleh menjual RM7.50 hingga RM8 sekilogram kini kami terpaksa menjual dengan harga RM9.50 hingga RM10 sekilogram kami pening untuk menjawab kepada pelanggan kami," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 27 2021
Seorang peniaga ayam mengakui peningkatan harga ayam kali ini membuatkan dia rasa tertekan kerana berada dalam dilema antara pelanggan dan pembekal. --fotoBERNAMA
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Kebakaran kali kedua Pasar Datuk Keramat tiada unsur khianat
Siasatan awal dilakukan di lokasi kejadian mendapati tiada unsur-unsur yang dikesan ke arah perbuatan khianat.
Pasar Datuk Keramat terbakar lagi
Kebakaran turut melibatkan sebahagian rumah berhampiran dengan kemusnahan dianggarkan 10 peratus.
Kenaikan harga barang basah semakin resahkan pengguna
Tinjauan di Pasar Datuk Keramat mendapati kenaikan harga barang pada sekitar 10 hingga melebihi 50 peratus.
COVID-19: Pasar Datuk Keramat diarah tutup 7 hari
Pasar berkenaan akan ditutup mulai Khamis ini hingga 14 Julai depan untuk tujuan sanitasi.