KUALA LUMPUR: Selain keluarga, beberapa selebriti tanah air sudah berada di Masjid Al-Ansar, Taman Keramat di sini bagi memberi penghormatan terakhir pada Allahyarham Adibah Noor Mohamed Omar.

Antara yang terawal tiba ialah penyanyi terkenal Ziana Zain dan adiknya, Anuar Zain

Tidak ketinggalan pelakon Datuk Hans Isaac, personaliti radio Linda Onn dan penyanyi Suki Low.

Ketika ini jenazah Allahyarham Adibah Noor sedang dimandikan.

Adibah Noor meninggal dunia pada jam 7.45 malam Sabtu (18 Jun) di sebuah hospital swasta di ibu negara, akibat kanser ovari.

Khabar dukacita itu mula diketahui umum menerusi hantaran di akaun Instagram kenalan artis iaitu pelakon, Datin Emylia Rosnaida.

Mengenang Adibah | Rakan artis sedih dengan pemergian Allahyarham