Kenali putera-putera raja Pahang yang tampan

Astro Awani
Januari 16, 2019 07:44 MYT
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dilaporkan tidak hadir di istiadat pemasyhuran ayahandanya, Sultan Abdullah semalam. - BERNAMA
SEMALAM, perhatian seluruh negara tertumpu kepada istiadat pemasyhuran Sultan Pahang keenam, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang berlangsung dalam satu majlis penuh adat istiadat diraja di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan.
Istiadat yang penuh gilang-gemilang itu kaya dengan adat resam, tradisi dan simbolisme turun-temurun Kesultanan Melayu.
Namun, apa yang menarik adalah untuk kita melihat corat-coret yang turut mencuri perhatian rakyat jelata.
Antaranya, kelibat Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mu'adzam Sultan Ahmad Shah.
Ketampanan adinda Sultan Abdullah itu turut mencuri perhatian netizen di media sosial.

Berikutan Tengku Abdullah yang dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang, aku baru menyedari kewujudan Tengku Fahd. Tak keterlaluan kalau aku menggelarkan dia Pa-hunk. I mean... pic.twitter.com/2nU5pI7n1l

— Jebs (@_TheJebs) January 12, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dear Tengku Fahd, can I make you as a model for a character in my next novel? pic.twitter.com/WSSoFwdgkO

— HR® (@haziqridzuanHR) January 12, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah gelaran rasmi Sultan Pahang
Namun, di sebalik cakap-cakap di media sosial, mungkin ramai yang tidak sedar akan seorang lagi sosok prominen dalam kalangan kerabat diraja Pahang.
BACA: Siti Nurhaliza bertuah saksi pemasyhuran Sultan Pahang ke-6
Wajar dikatakan individu ini lebih penting kerana beliau mungkin akan dilantik sebagai Tengku Mahkota Pahang.
Siapa Tengku Hassanal?
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah adalah anakanda kedua dan putera sulung Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Beliau sedang melanjutkan pengajian di Akademi Tentera Diraja Sandhurst di United Kingdom selama setahun.
Tengku Hassanal diputerakan pada 17 Sept 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang.
Putera diraja ini memulakan pendidikannya di Sekolah Rendah Sherburne, United Kingdom pada 2002 hingga 2007 sebelum melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah St Thomas pada 2008 hingga 2012 dan University of Nottingham selepas itu.
Mei tahun lalu, beliau tamat pengajian dari Geneva School of Diplomacy and International Relations di Switzerland dengan ijazah dalam bidang Hubungan Antarabangsa.
Mengikut susur galur keluarga, Tengku Hassanal merupakan cucunda kepada bekas Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar di sebelah bondanya, Tunku Azizah.
Ini menjadikannya anakanda saudara kepada Sultan Johor kini, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan sepupu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
"Waris ganti akan saya tentukan dalam masa terdekat, saya kena berbincang dengan pihak keluarga saya dan Insya-Allah saya percaya semua pun dah boleh ramal kalau ikut tradisinya," titah Sultan Abdullah kepada media selepas istiadat pemasyhuran baginda semalam.
Mengikut tradisi Istana Pahang, selaku putera sulung, Tengku Hassanal akan dilantik sebagai Tengku Mahkota Pahang menggantikan ayahandanya.
Bagaimanapun, sekiranya Sultan Abdullah diangkat menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16, baginda mungkin melantik majlis khas untuk menjalankan tugas-tugas Pemangku Raja Pahang, susulan ketiadaan Tengku Hassanal yang melanjutkan pengajian di luar negara pada ketika ini.
#Sultan Abdullah #Sultan Ahmad Shah #Sultan Ibrahim #Sultan Pahang #Tengku Hassanal #Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah #TMJ #tunku azizah aminah #Tunku Ismail Sultan Ibrahim