Seperti yang kita ketahui mahkamah telah memutuskan bahawa akhbar rasmi Gereja Katolik Malaysia iaitu The Herald tidak dibenarkan menggunakan perkataan ‘Allah’ bagi penulisan Bahasa Melayu mereka. Pelbagai isu dan pendapat yang timbul menghentam keputusan ini macam-macam tomahan dan tuduhan debirkan. Namun sebelum kita dikelirukan lagi bagus sekiranya kalau kita melihat apa isu sebenar
ASAL USUL
The Herald mahu menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam penulisan Bahasa Melayu sahaja bagi menggantikan perkataan Tuhan. Ini kerana mereka mengatakan bahawa penganut dari Sabah dan Sarawak telah menggunakan perkataan ini sebelum ini dan berdasarkan rujukan kitab injil ‘Bible’ dalam Bahasa Arab perkataan Allah digunakan sebagai kata ganti Tuhan. Maka kalau dalam bible arab mereka menggunakan perkataan Allah mengapa dalam Bahasa Melayu tidak boleh?
MASALAHNYA
Orang-orang Islam Malaysia mempersoalkan bahawa dalam kes ini penulisan the Herald bukanlah dalam Bahasa Arab akan tetapi dalam Bahasa Melayu, dalam Bahasa Melayu perkataan Allah itu adalah kata khusus bagi tuhan untuk orang-orang Islam. Jom kita lihat terjemahan ini –
Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi nabi Muhammad (s.a.w) adalah pesuruh Allah.
-Ucapan Dua Kalimah Syahadah-
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam
-AL Fatihah ayat ke 2-
Dari dua ayat ini sahaja dapat kita lihat bahawa Allah adalah perkataan khusus bagi Tuhan untuk orang-orang Islam.
TUHAN TAK BOLEH TAPI GOD IS OK
Tapi masih ada yang mengatakan eh tak boleh, sebab tuhan itu adalah perkataan yang sangat ‘generic’ atau umum, Tuhan adalah merupakan terjemahan yang tidak tepat bagi menerangkan sang pencipta dalam erti kata agama monotheism (satu tuhan) maka kita pun bertanya
Kalau betullah sangat bahawa perkataan Allah itu adalah terjemahan yang terbaik mengapa tidak gunakan ia dalam penulisan Bahasa Inggeris juga?
Jom kita tengok apa maksud Allah dalam Bahasa Inggeris
Allah – The name of God for Muslims and Arab Christians
Oxford English Dictionary
Used as a name of god in Islam
Merriam Webster
Persoalan di sini, bukankah dalam Bahasa Melayu seperti mana dalam Bahasa Inggeris kita menggunakan perkataan Allah dalam konteks yang sama?
TERJEMAHAN LORD
Namun ada yang mengatakan ehh tidak boleh dilihat begitu kerana dalam ‘bible’ dan penulisan kristian kita mempunyai pelbagai konteks yang berbeza sebagai contoh perkataan Lord
“The Mighty One, God, the LORD, speaks and summons the earth from the rising of the sun to where it sets”
“Yang Mahakuasa, TUHAN Allah, berfirman dan memanggil bumi, dari terbitnya matahari sampai kepada terbenamnya”
Psalm 50 : 1 (Rujukan Al Kitab Indonesia Terjemahan Baru)
Baiklah berdasarkan ayat di atas anda akan dapat lihat bahawa perkataan LORD digantikan sebagai Allah.
Sekarang apa kata kita cuba terjemahkan ayat ini
“Hindus in Malaysia pray to Lord Murugan during Thaipusam”
Adakah ianya diterjemahkan sebagai
a) Penganut Hindu di Malaysia menyembah pada Dewa/Tuhan Murugan sewaktu Thaipusam
b) Penganut Hindu di Malaysia menyembah pada Allah Murugan sewaktu Thaipusam
Kalau katakanlah dibenarkan orang Kristian Katolik boleh menggunakan perkataan “Allah” sebagai kata ganti Lord dalam terjemahan Bahasa Melayu, mengapa penganut lain tidak boleh pula?
LAGU NEGERI JOHOR DAN SELANGOR
Ada pulak yang mengatakan, untuk menambah kekeliruan, oleh kerana kononya mahkamah tidak benarkan orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah maka macamana kita nak menyanyikan lagu negeri Selangor yang berbunyi
“Allah lanjutkan Usia Tuanku!”
Lagu Negeri Selangor
“Allah Selamatkan Sultan”
Lagu Negeri Johor
Nah tidak pernah sesiapa memarahi orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah dalam maksud yang betul, dalam kes ini kita lihat bahawa Sultan adalah sebagai ketua agama Islam dalam negeri masing-masing maka sudah tentu kalau ada Tuhan yang hendak menyelamatkan tuanku atau melanjutkan usianya mestilah Tuhan orang Islam iaitu Allah.
Kalau saya katakan bahawa “Semoga Jesus memberkati usia Permaisuri Elizabeth” sudah tentu saya merujuk kepada tuhan bagi orang kristian dan bukannya Nabi Isa yang disebut dalam Quran.
Sebab itu kalau kita lihat rukun negara yang pertama tertulis
“Kepercayaan Kepada Tuhan”
Kerana ada di kalangan rakyat Malaysia bukan beragama Islam maka sebab itu kita tidak tulis “Kepercayaan Kepada Allah”
Logik mudah ini sengaja diputarbelitkan untuk melindungi isu sebenar dalam polemik isu Kalimah Allah ini.
SABAH – SARAWAK
Habis bagaimana pula dengan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak yang telah menggunakan perkataan Allah sebelum ini.
Ini membuatkan saya terfikir sejenak. Kalau kita tengok, dalam bahasa Melayu, Kadazan Dusun, Iban dan sebagainya adakah perkataan Allah itu memang wujud dan digunakan sebelum ini atau ianya hanya digunakan selepas kedatangan Islam?
Adakah dalam pertuturan harian bahasa ibunda kaum bumiputra perkataan Allah memang digunakan ataupun ianya hanya digunakan kerana pihak gereja dan paderi berkeras untuk menggunakan perkataan Arab ini. Apa sebabnya?
Cuba fikirkan?
IMAN YANG GOYAH
“Apa goyah sangat ke Iman orang Islam Malaysia ni kalau gereja Katolik pakai perkataan Allah kita terus keluar Islam, tak yakin ke kita dengan Iman kita ni?”
Perbualan dan kritikan yang sering saya dengar acapkali kalau ada bantahan terhadap isu ini. Kalau begitu saya juga boleh kata
“Apa goyah sangat ke Iman orang kristian Malaysia ni kalau Gereja Katolik tak pakai perkataan arab dalam Bahasa Melayu ni, adakah kalau pakai perkataan Tuhan terus mereka semua tak paham bible?”
Apa kena mengena Iman dengan protes ini, saya merasakan secara peribadi, seorang penganut agama Islam yang menggunakan perkataan Allah paling kurang pun 5 kali sehari dan pada masa yang sama petah dalam Bahasa Melayu saya tidak setuju apabila saya melihat Kalimah Allah disalahgunakan, dijaja atas sebab yang tidak masuk akal bagi saya. Allah ialah perkataan Arab yang merupakan kata khusus dalam Bahasa Melayu kini diplagiat oleh pihak gereja atas alasan yang saya kira tidak munasabah.
BAIKLAH SAYA BERTOLAK ANSUR
Tapi tidak mengapa, beginilah, saya Zaidel Baharuddin berikrar bahawa, sekiranya orang-orang Kristian di Malaysia khususnya dari gereja katolik merasakan bahawa Allah adalah terjemahan terbaik bagi menerangkan Tuhan mereka maka dengan ini saya ingin mengusulkan sesuatu.
Apa kata orang-orang Kristian di Malaysia menggunakan perkataan Allah sebagai kata ganti tuhan bukan sahaja untuk penulisan Bahasa Melayu akan tetapi untuk Bahasa Inggeris juga. Sekiranya pihak gereja setuju untuk menggunakan perkataan Allah dalam Bible Bahasa Inggeris juga saya akan jadi orang pertama yang akan berarak di hadapan mahkamah menyokong perjuangan anda semua.
Kan indah kalau nama Yang Maha Esa digunakan di semua penulisan tak kira bahasa, bukankah perkataan Allah yang berasal dari Bahasa Arab dilihat begitu indah untuk digunakan dalam penulisan Bahasa Melayu mengapa tidak kita guna dalam Bahasa Inggeris juga tak gitu?
Apa kata anda?
___________________________
* Tulisan ini tersiar pertama kali di laman Facebook penulis.
* Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Zaidel Baharuddin
Fri Oct 18 2013
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hantaran Macron dalam Bahasa Melayu cetus kekaguman, eratkan hubungan Malaysia-Perancis
Hantaran itu walaupun ringkas, ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Melayu, mencetuskan kekaguman dan rasa ingin tahu dalam kalangan pengguna laman sosial.
DBP pertingkat program bahasa Melayu di universiti luar negara
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan meningkatkan program bahasa Melayu di beberapa universiti luar negara termasuk China, Thailand dan Jepun dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan itu.
PM Anwar tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris, fobia bahasa kebangsaan
Perdana Menteri menegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat 'zero-sum game'', sehingga meminggirkan Bahasa Melayu.
Amalkan Bahasa Melayu beradab, pelihara maruah bahasa kebangsaan - Pakar
Penggunaan Bahasa Melayu secara tidak berhemah, terutama di platform media sosial, semakin meresahkan masyarakat Malaysia.
Bahasa Melayu berpotensi sebagai bahasa kedua ASEAN
Tian Chua berkata Bahasa Melayu telah lama berfungsi sebagai bahasa serantau yang menghubungkan masyarakat pelbagai latar belakang.
Syarikat China lancar janaan dalam bahasa Melayu perkukuh AI di Asia Tenggara
Alto AI melancarkan LLM yang pertama dalam Bahasa Melayu bagi memperkukuh janaan AI di Asia Tenggara meliputi pelbagai bidang.
Program Semarak Bahasa Kebangsaan galak pelajar Cina kuasai Bahasa Melayu
Program Semarak Bahasa Kebangsaan Kampung Baru melibatkan sekolah aliran Cina yang dilaksanakan sejak Jun 2016 bertujuan menggalakkan pelajar meningkatkan penguasaan bahasa Melayu.
Menteri Pendidikan akan jumpa PIBG dari 11 sekolah Cina - Fahmi
Kumpulan itu membantah pelaksanaan sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan BM sebagai bahasa pengantar dalam Program DLP di sekolah itu.
Kolej Thailand lancar Kursi Ismail Sabri, promosi pengajian Melayu dan ketamadunan
Katanya, kursi itu permulaan bagi memperkenal pengajian Bahasa Melayu dan Ketamadunan Melayu di kolej dan universiti lain di Thailand.