“Jangan datang ke tempat kami, dan berlagak seperti samseng jalanan, menghasut dan menuduh pemimpin kami.”
Itu adalah peringatan keras daripada UMNO Bahagian Ipoh Timur yang menempelak tindakan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang mendakwa Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tidak menunaikan kerjanya sebagai pemimpin negeri Perak.
Ketua Bahagiannya, Datuk Azian Osman berkata, selaku calon baharu, Aziz wajar melaksanakan kajian terperinci sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan berhubung landskap politik kawasan Parlimen tersebut.
Katanya, sebagai seorang yang berpendidikan tinggi dan mempunyai sedikit sebanyak ilmu dalam politik, Aziz tidak seharusnya sesuka hati mencemuh seorang pemimpin yang dipilih rakyat.
"Tak faham mengapa seorang yang terpelajar boleh mengeluarkan kenyataan tanpa sebarang asas. Tanpa selidik dan bukti dan tiba-tiba bila sampai ke sini boleh cakap, 'UMNO tidak pedulikan rakyat'.
"Sepatutnya, dia tanya pada wakil-wakil rakyat DAP yang telah 15 tahun berkuasa di sini, apa yang mereka buat? Apa yang mereka ambil tahu? Bukan sewenang-wenang tunding jari pada pihak yang tidak ada hubungkait," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media khas di Pejabat UMNO Bahagian Ipoh Timur, di sini, hari ini.
Semalam (Isnin), Aziz yang juga pakar Perlembagaan dalam satu ceramah di DUN Tebing Tinggi mendakwa Zambry merupakan pemimpin pemalas dan tidak mengambil tahu kesusahan rakyat di kawasan DUN Tebing Tinggi walaupun telah dua penggal menjawat jawatan selaku menteri besar.
Calon PKR-DAP Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebing Tinggi itu turut memberikan komen bahawa Zambry gagal memperkasakan hak dan kepentingan rakyat di Parlimen tersebut.
Dalam pada itu Azian juga berkata, pihaknya tidak menolak tindakan Aziz itu sengaja dilakukan bagi menanam kebencian rakyat terutama kepada Zambry yang diketahui antara menteri besar terbaik pernah mentadbir negeri.
"Kita tahu dan dia sendiri pun tahu sebenarnya, menteri besar sentiasa turun padang dan meneliti sendiri setiap kawasan yang memerlukan pelbagai kemudahan dan pembangunan termasuk di Parlimen Ipoh Timur dan DUN Tebing Tinggi itu sendiri," katanya.
Sementara itu, Azian menegaskan bahawa segala cemuhan dan manipulasi tuduhan yang dilontarkan Aziz baik secara lisan, melalui media sosial atau secara berdepan hanya akan menjerat dirinya sendiri.
"Memang dia akan dikenali tetapi cara dia dikenali itu adalah daripada sudut negatif. Rakyat bukan bodoh untuk terima apa sahaja yang diperkatakan dan bagi kita, cara dia melontarkan tuduhan itu akan beri imej negatif pada dirinya selaku calon baru yang bertanding di sini," katanya.
Tambahnya, berkenaan dengan gerak kerja parti di Perak, UMNO bersama parti komponen lain telah menggerakkan jentera masing-masing bagi membantu sekaligus mengukuh sokongan masyarakat kepada Barisan Nasional (BN).
Nazialita Geynna Maharan
Tue May 01 2018
Menurut Azian (kanan), pihaknya tidak menolak tindakan Aziz itu sengaja dilakukan bagi menanam kebencian rakyat terutama kepada Zambry. - Facebook/Azian Osman
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
PRU15: Saya calon terbaik PH untuk Parlimen Tambun setakat ini - Aziz Bari
Sebagai bekas Exco kerajaan negeri dan Ketua Pembangkang ketika ini, beliau percaya mempunyai peluang lebih cerah untuk menang.
Abdul Aziz dilantik ketua pembangkang DUN Perak
Naib Pengerusi DAP Perak itu pernah memegang portfolio Pendidikan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dari 2018 hingga Februari lepas.
Kerajaan Negeri Perak pandang serius isu murid ketagih vape
Bagaimanapun setakat ini, tiada laporan mengenai ketagihan vape dalam kalangan murid sekolah rendah di Perak.
Dakwaan tapak sisa plastik di pedalaman hutan tidak benar
Kawasan itu merupakan tapak bahan buangan sisa plastik yang ditempatkan sementara sebelum diproses menjadi bahan bakar alternatif.
Siasat segera lambakan menggunung plastik sampah di pedalaman Perak
Dr. Abdul Aziz Bari berkata beliau amat terkejut dan hairan apabila membaca laporan berita Daily Mail yang membuat pendedahan itu.
Biar polis siasat rakaman audio - Aziz Bari
Abdul Aziz berkata, pihaknya tidak mempunyai halangan mengenai perkara itu dan menganggap ia bukan sesuatu yang perlu diberi keutamaan.
'Kenyataan Aziz Bari umpama samseng jalanan, jerat diri sendiri'
Datuk Azian Osman tidak faham seorang yang terpelajar seperti Prof Dr Abdul Aziz Bari boleh mengeluarkan kenyataan tanpa sebarang asas.