Kenyataan “sepatutnya saya, bukannya kamu” yang dikeluarkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian ramai apabila beliau mengatakan bahawa beliau sepatutnya mengangkat sumpah jawatan selaku Perdana Menteri pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mei lalu.

Namun, Anwar berkata kenyataan yang dibuat dalam satu sesi dialog bersama penuntut dari pelbagai kolej di Singapura yang bertempat di Singapore Management University (SMU) adalah gurauan sahaja.

“Saya kata kalau tidak dipenjara, saya nak berada di situ untuk angkat sumpah, sekarang (pada ketika itu) saya di penjara. Saya bergurau macam tu, jadi ‘headline’ pula.

“Yang saya ulas tidak diberikan penekanan, ia adalah bahawa peranan kita adalah memastikan kerajaan ini aman dan kuat di bawah pimpinan Tun Mahathir untuk memulakan proses perubahan yang amat mendesak,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Keadilan pada Jumaat.


BACA: PRK Port Dickson tidak guna aset dan jentera kerajaan - Anwar Ibrahim

BACA: Siapa kata hubungan Azmin, Rafizi tegang?

Dalam sesi dialog tersebut, Anwar ditanya seorang pelajar mengenai perasaannya apabila Tun Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri dan bukannya beliau.