Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin mengenai kewajaran penggantungan akhbar The Edge oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) , isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan serangan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan pemimpin UMNO di Terengganu.
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Dungun, Mat Husin Taib berpendapat apa yang ditimbulkan timbalan perdana menteri bakal memberi kesan terhadap persepsi masyarakat serta mempengaruhi kekuatan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
"Ini mungkin merupakan pendapat peribadi ataupun provokasi kepada pemimpin tertinggi agar lebih berhati-hati dalam menjalankan tugas dan kalau rakyat menerima sebagai satu kritikan atau sebagai satu serangan kepada perdana menteri, saya merasakan bahawasanya serangan ini tidak sepatutnya berlaku," katanya kepada Astro AWANI.
Bagi Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka, Tengku Hamzah Tengku Draman, beliau menganggap tindakan Muhyiddin hanya merugikan UMNO.
"Saya amat bersetuju kalau dikatakan TPM tidak mengikut rentak yang dibawa oleh mereka-mereka ni, sebab kalau kita terus, orang soal kita jawab, orang soal kita jawab sampai bila?
"Dia dari kecil akan besar, akhirnya kita akan nampak banyak kesalahan; sedangkan kita jelas, perdana menteri dah berikrar berkali-kali akan meneruskan kesinambungan yang dibawa oleh Tun Mahathir untuk mencapai Wawasan 2020," katanya.
Justeru, tidakan seumpama itu perlu dihentikan dan menumpukan perhatian ke arah membina kesejahteraan rakyat dan negara.
Sementara itu, setiausaha penyelaras UMNO DUN Paka, Abdul Wahid Kassim berpendapat tindakan kerajaan mengekang cubaan pihak tertentu untuk mengucar-kacirkan negara wajar disokong.
"Itu adalah hak kerajaan Malaysia untuk menutup akhbar yang dirasakan boleh mencetuskan satu anggapan yang tidak baik terhadap kepimpinan kerajaan.
"Memang yang tidak benar itu perlu diambil tindakan segera.
"Jika tidak permasalahan itu akan berpanjangan dan akhirnya rakyat akan menyatakan bahawasanya perkara tersebut adalah benar," katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Namun, ujar beliau, rakyat perlu diperjelaskan berkenaan beberapa isu yang hangat diperkatakan supaya mereka mendapat maklumat yang tepat, manakala pemimpin tertinggi UMNO perlu menyelesaikan segala isu secara telus dan profesional.
"Pemimpin peringkat atasan perlu duduk semeja untuk memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah yang timbul pada hari ini terutama sekali masalah GST, 1MDB dan lain-lain masalah yang jika dibiarkan akan berlarutan dan akhirnya akan menyebabkan kita menerima padah yang teruk," katanya lagi.
Muhyiddin dalam ucapannya ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad mengatakan beliau, sebagai Timbalan Perdana Menteri pun, sukar memahami isu 1MDB dan sedikit sebanyak tahu mengenainya daripada laporan akhbar terbitan The Edge.
Pejabat Perdana Menteri dalam reaksi kepada ucapan itu meminta Muhyiddin untuk tidak mengeruhkan persepsi dan menunggu hasil siasatan yang sedang dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap hal-hal yang berkait dengan 1MDB.
Astro Awani
Tue Jul 28 2015
Kenyataan Muhyidin (gambar) mengenai kewajaran penggantungan akhbar The Edge, isu 1MDB dan serangan terhadap Tun Dr Mahathir menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan pemimpin UMNO di Terengganu. -Astro AWANI / Shahir Omar
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.