KUALA LUMPUR: Pakar Perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz menegaskan bahawa pengampunan tidak boleh dipengaruhi perbezaan darjat supaya undang-undang tidak dilihat sebagai tidak adil oleh rakyat.
Beliau melihat ketika ini kurangnya kajian akademik tentang hal-hal pengampunan, kalau adapun beberapa penulisan sahaja dan ia tidak cukup mendalam.
“Persoalan-persoalan berkenaan pengampunan kepada orang-orang politik ini juga saya fikir adalah satu isu besar yang patut dibincangkan dalam dunia akademik,” kata Shamrahayu.
Konsep asas pengampunan adalah untuk memberikan peluang kedua kepada pesalah laku selepas seseorang itu melalui proses pengadilan, namun sejauh mana faktor belas kasihan itu boleh diterima.
Jika kesalahan tersebut melibatkan kepentingan awam, pengampunan itu tertakluk di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.
Raja yang memayungi rakyat seharusnya mewakili suara mereka dan kepentingan awam itu patut diletakkan pada keutamaan tertinggi dalam membuat pertimbangan.
“Untuk undang-undang itu direstui atau diterima masyarakat umum, kita juga perlu mengambil kira bahawa tidak adanya persoalan tentang perbezaan darjat. Itu penting.
“(Jika wujud perbezaan darjat dalam memberikan pengampunan), jadi ini bahaya untuk kedaulatan undang-undang kita.”
Atas sebab itu, beliau berpendapat bahawa di pihak Lembaga Pengampunan, perlu ada garis panduan, standard atau parameter yang jelas tentang bagaimana sesuatu pengampunan itu boleh diberikan mengikut kepada jenis kesalahan dilakukan.
Tonton temu bual penuh bersama Prof. Shamrahayu dalam program Agenda AWANI dihoskan oleh Nazri Kahar, di sini:
Israr Khalid
Mon Sep 05 2022
Shamrahayu menegaskan bahawa pengampunan tidak boleh dipengaruhi perbezaan darjat supaya undang-undang tidak dilihat sebagai tidak adil oleh rakyat. -Gambar fail/Bernama
Ali XPDC sesak nafas, Exco bantu hantar ke Hospital Serdang
Ali XPDC dikejarkan ke Hospital Serdang selepas mengalami sesak nafas di kediamannya di Salak Tinggi, Sepang.
Rombongan pengantin, jemaah umrah antara penumpang terkandas di KKIA
Rombongan pengantin dan jemaah umrah antara ribuan penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) berikutan pembatalan penerbangan hari ini.
Rangka transformasi pendidikan tinggi demi kesihatan planet
Nickyson Nyambar membawakan perkembangan semasa Sidang Kemuncak Kesihatan Planet 2024.
Pelan Industri Sukan kini di fasa akhir - TPM Ahmad Zahid
Kementerian Belia dan Sukan kini dalam fasa akhir membangunkan Pelan Industri Sukan, yang menggariskan strategi dan inisiatif memberi manfaat kepada sektor industri sukan.
Perkembangan upacara pengebumian Joseph Kurup
Bersama wartawan AWANI Borneo di Sabah, Hafiz Mustadi di talian bagi mendapatkan perkembangan terkini.
Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, tulus dan sejati.
Letusan Gunung Ruang: Penumpang menunggu dalam ketidakpastian di KIA
Tinjauan di lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) mendapati penumpang me nunggu dalam ketidakpastian susulan pembatalan penerbangan yang berpunca letusan Gunung Berapi Ruang.
Kerajaan Perpaduan umum calon PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan - Zambry
Zambry memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
200 ulama nusantara dijangka hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei ini
Seramai 200 ulama nusantara dijangka hadir Persidangan Ulama Sedunia yang akan diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.
Pengecualian sementara borang TM.6 oleh Thailand bantu rangsang pelancongan Perlis
Langkah kerajaan Thailand mengecualikan sementara warganegara asing daripada mengemukakan Borang TM.6 ketika masuk dan keluar dari negara itu dilihat dapat merangsang sektor pelancongan di Perlis.
Waspada taktik Israel nafi operasi pengintipan di negara asing - Penganalisis
Malaysia perlu sentiasa berwaspada dengan taktik penafian yang digunakan Israel untuk menjalankan operasi pengintipan di negara asing.
Stoking tertera kalimah Allah: Masyarakat perlu waras, Islam larang ambil tindakan sendiri - KP IKIM
Masyarakat perlu berfikir secara waras dalam menanggapi isu stoking tertera kalimah Allah.
'Tidak ada cara lain atasi kos sara hidup melainkan gaji dinaikkan' - Penganalisis
Tidak ada cara lain untuk atasi kos sara hidup melainkan dengan menaikkan kadar gaji.
Ibu di Palestin terpaksa beri anak makan ‘wax’ demi kelangsungan hidup
Tanpa kerelaan, namun demi meneruskan kehidupan, ada ibu yang memberi anaknya makan wax, cecair yang biasanya digunakan untuk membuang bulu roma di badan.
Pengguna tamak dan culas jadi sasaran utama penjenayah siber - Presiden MCCA
Pengguna yang bersikap tamak, culas dan sambil lewa ketika menggunakan sebarang perkhidmatan dalam talian, merupakan sasaran utama penjenayah siber.
Dasar yang stabil, bersifat jangka masa panjang penting untuk jayakan usaha nyahkarbon - CEO Gentari
Dasar yang stabil dan bersifat jangka masa panjang tanpa sebarang perubahan asas yang ketara penting dalam usaha peralihan tenaga.
Tenaga hidrogen ialah masa depan peralihan tenaga - CEO Gentari
Tenaga hidrogen merupakan masa depan peralihan tenaga dalam usaha menyahkarbon bumi.
Pembangunan AI berdepan realiti kekurangan sumber bahan mentah - WEF
Kemajuan dalam pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) berdepan dengan cabaran untuk mencipta model yang lebih berkuasa.
Malaysia ketinggalan adaptasi AI, tetapi masih ada potensi - Penganalisis
Malaysia ketinggalan dari segi memiliki pemikir berwibawa dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan adaptasi teknologi oleh pelbagai organisasi.
AI bukan milik eksklusif pakar IT, T20 - Penganalisis
Kecerdasan buatan (AI) bukan milik eksklusif golongan pakar teknologi maklumat dan golongan berpendapatan tinggi semata-mata.