KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memiliki gaya kepimpinan tersendiri dalam membantu negara mendepani pelbagai cabaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kata penganalisis pengurusan krisis Nordin Abdullah.
"Kita telah menyaksikan perkara itu dari semasa ke semasa. Inilah perkara yang saya rasa, tidak kira sama ada anda ahli politik atau rakyat jelata, adalah faktor yang menenangkan ketika negara boleh diibaratkan sebagai menempuh gelora di tengah lautan.
"Seri Paduka memiliki gaya kepimpinan yang tenang namun tegas. Ini antara perkara yang dapat kita saksikan dari perspektif pengurusan krisis," katanya ketika ditemu bual secara online dalam The Brief keluaran Bernama TV hari ini.
Beliau berkata tidak kiralah sama ada ia satu kemalangan kecil di tepi jalan atau bencana yang menjejaskan kehidupan rakyat, Al-Sultan Abdullah telah meletakkan penanda aras baharu dalam usaha menangani krisis dan gaya kepimpinan baginda menjadi sebutan ramai.
Sementara itu, ditanya mengenai pendekatan Malaysia dalam menguruskan isu sekuriti makanan termasuk memansuhkan kelulusan kuota import (AP) sebagai langkah jangka pendek, Nordin berkata kerajaan berusaha sedaya upaya bagi memastikan krisis itu masih terkawal.
Menyentuh visi Malaysia ke arah menjadi negara sifar karbon menjelang 2050, beliau berkata komitmen di peringkat antarabangsa mempunyai impak langsung terhadap kehidupan rakyat.
"Kita perlu mula menganggap penggunaan alam sekitar sebagai sebahagian daripada tempat tinggal kita bagi memastikan bahawa kita memiliki pokok yang secukupnya untuk mengelakkan insiden hakisan," katanya sambil menambah sektor swasta juga sudah mula memainkan peranan masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 06 2022
Seri Paduka disifatkan memiliki gaya kepimpinan yang tenang namun tegas. - Gambar/ Astro AWANI
Niaga AWANI: Sinergi diperlukan bagi merealisasikan aspirasi mampan negara
Kenyataan itu juga mengatakan bahawa RHB telah mencapai kemajuan yang ketara ke arah operasi neutral karbon, mencapai pengurangan 43 peratus dalam pelepasan gas rumah hijau (GHG) operasi berbanding garis dasar 2016, merangkumi Skop 1, 2, dan 3 (Perjalanan Perniagaan melalui Jalan dan Udara.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
AWANI Pagi: Raya Oh Raya: Alamak! Poket dah "kering" ni
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Dr Nur Lalua Rashidah Mohd Rahsiad, Pengurus, Perhubungan Korporat Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) mengenai pengurusan kewangan selepas berdepan perbelanjaan yang banyak dimulai sesi sekolah dibuka diikuti puasa dan hari raya. Ini termasuk bagaimana pengurusan yang baik boleh membantu membawa keluar keluar daripada pergelutan kewangan sementara menunggu gaji bulan seterusnya.
Niaga AWANI: RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan kepada RM50 bilion menjelang 2026
Menjelang 2030, RHB menyasarkan untuk mencapai pengurangan 20 peratus dalam sektor ini. Menjelang 2050, matlamat RHB adalah untuk mencapai pengurangan sehingga 96 peratus dalam pelepasan yang dibiayai merentas lima sektor.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Reformasi Ekonomi: Antara subsidi, mekanisme & kesejahteraan rakyat
Pengarah dan Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib mengulas berkenaan usaha rasionalisasi subsidi petrol yang akan dilaksanakan kerajaan, serta impak kepada reformasi ekonomi ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan kententeraan lanjut
Seorang komander Pengawal Revolusi Iran berkata, Iran boleh mengkaji semula "doktrin nuklear" berikutan ancaman Israel.
Niaga AWANI: Harga bahan api: Mekanisme sesuai dilaksana, dorong guna tenaga lebih cekap
Bagi menyambut usaha tindakan perubahan iklim global, Malaysia menyasarkan untuk mencapai keseimbangan melalui pelaksanaan mekanisme penetapan harga bahan api yang bersesuaian dalam mendorong kepada penggunaan tenaga yang lebih cekap dan peralihan kepada RE; tetapi pada masa yang sama mengambil kira impak sosioekonomi terhadap rakyatnya.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Kuda lumba dikesan cuba 'curi-curi' naik kereta api
Haiwan itu dilihat muncul di stesen Warwick Farm di NSW dan berlari menuju ke garisan kuning platform seperti menunggu ketibaan kereta api.
Bajir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
AWANI Pagi: Jom derma darah, jalankan tanggungjawab sosial anda
Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham membincangkan mengenai kepentingan menderma darah khususnya untuk membantu mereka yang alami masalah darah disebabkan keturunan atau menghidapi kanser darah. Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara KKM, Dr Tun Maizura Mohd Fathullah mengajak masyarakat di luar sana tampil menyahut seruan murni ini.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
PM ucap tahniah sempena ulang tahun Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
Anwar merafak sembah dan ucapan tahniah sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan ke-76 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
97 individu terima Darjah, Bintang Kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor
Kesemua 97 individu itu telah melepasi tapisan PDRM, Jabatan Insolvensi Malaysia dan SPRM.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah hari keputeraan Agong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-64 Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sultan Mizan Zainal Abidin kurnia darjah kebesaran kepada 111 individu
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan Gelaran dan Darjah Kebesaran Bintang-Bintang serta Pingat kepada 111 individu di Istana Syarqiyyah di sini, hari ini.
TPM, anggota Kabinet ucap tahniah Hari Keputeraan Agong
Kedua-dua Timbalan Perdana Menteri merafak sembah dan merakamkan ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Negara di landasan tepat jayakan agenda pembangunan demi rakyat - Agong
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa negara kini berada di landasan yang tepat bagi menjayakan agenda pembangunan.
Razali ketuai 540 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan
Beliau dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Zamrose ketuai senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat N. Sembilan
Zamrose, 60, dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri.
87 penerima Darjah, Bintang Kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor
Tarikh untuk majlis istiadat penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat tersebut akan dimaklumkan kemudian.
Warga Istana Negara merafak sembah ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Agong
Warga Istana Negara mendoakan Seri Paduka Baginda sentiasa dilimpahi keberkatan bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan.