UMNO tidak pernah menyimpang daripada matlamat asal perjuangan, cuma pendekatan dan kaedahnya berbeza untuk disesuaikan dengan kepimpinan masa kini.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, UMNO tetap memperjuangkan kepentingan dan masa depan orang Melayu dan dalam masa yang sama menjunjung kukuh syariat Islam.
"Agama Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan menjadi teras kepada perjuangan UMNO berasaskan kepada semangat nasionalisme.
"Tidak timbul bahawa UMNO di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak telah jauh menyimpang daripada matlamat asal parti.
"Tuduhan pembangkang bahawa UMNO sudah lari daripada perjuangan asalnya adalah tidak benar sama sekali, sekadar retorik menjelang PRU ke-14," tegasnya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my
Beliau menyangkal sekeras-kerasnya tuduhan pembangkang kononnya Datuk Seri Najib telah lari daripada matlamat asal perjuangan UMNO.
Syed Ali menyifatkan tuduhan tersebut bagi mengelirukan perhatian rakyat terutama orang Melayu.
Ini kata beliau, berikutan 'kebanjiran' parti-parti politik yang terlalu ghairah untuk berkuasa dan sebahagiannya pula adalah serpihan daripada UMNO.
"Parti politik seperti cendawan inilah yang sengaja memutarkan isu lapuk kerana terdesak dan kehabisan modal politik,"
"Kerana itu, UMNO perlu bergerak selari dengan anjakan masa kini dan terpaksa melalui perubahan dan pendekatan untuk disesuaikan dengan peredaran zaman.
"Sekarang era pentadbiran Najib, sudah semestinya berlaku perbezaan dari segi corak dan gaya kepimpinan terdahulu," tegasnya yang juga Setiausaha UMNO Wilayah Persekutuan.
Katanya, untuk membandingkan corajk kepimpinan sekarang dengan yang terdahulu adalah tidak adil.
"Kepimpinan terdahulu juga terdedah dan terjebak dengan pelbagai kelemahan dan kepincangan, tetapi ianya tidak dipolitikkan.
"Sehubungan itu, untuk membandingkan baik buruk seseorang pemimpin masa kini dan masa lalu adalah terlalu subjektif.
"Beberapa Perdana Menteri terdahulu pun ada kesilapan dan kelemahannya, tetapi sebagai ahli UMNO kita melihat perkara itu sebagai lumrah dan tidak wajar dijadikan modal politik," jelasnya.
Bagaimanapun katanya, UMNO tetap bergerak atas landasan demokrasi dengan mendahulukan kepentingan orang Melayu sepertimana asal penubuhannya lebih 70 tahun lalu.
"Perubahan kepada corak pendekatan dan gaya kepimpinan tersebut kadangkala tidak disenangai oleh pihak tertentu," ujarnya.
Beliau memberitahu, ada sesetengah pihak berasakan kepimpinan Najib tidak selari dengan citarasa mereka menyebabkan pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap UMNO.
Syed Ali berkata, kepimpinan UMNO masa kini perlu bergerak pantas sejajar selari era perubahan politik global dengan generasi muda sebagai majoriti pengundi.
"Najib perlu melakukan sesuatu dasar walaupun dianggap tidak popular untuk menjamin kepentingan Melayu dan umat Islam tidak tergugat.
"Kadangkala tindakan Najib terlalu drastik, ini yang barangkali menyebabkan ada pihak kecewa dan berasa sakit hati," tegasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali menyelar tindakan parti rasis, DAP yang cuba campur tangan dalam pembentangan Rang Undang-Undang 355 (RUU 355) yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.
Katanya, DAP cuba menggagalkan cadangan pindaan tersebut dengan sokongan beberapa pemimpin Melayu yang berada di blok pembangkang.
"DAP sepatutnya tidak perlu campur tangan kerana RUU 355 tidak menyentuh kepentingan dan kedudukan bukan Islam di negara ini," tegasnya.
Beliau yang merupakan bekas senator selama dua penggal menegaskan tentangan DAP terhadap RUU 355 itu membuktikan parti itu sebagai anti Islam.
Justeru beliau turut mempersoalkan bagaimana pemimpin Melayu dalam PKR, AMANAH dan PPBM boleh bersekongkol dengan DAP.
Astro Awani
Sun Apr 09 2017
UMNO tidak pernah menyimpang daripada matlamat asal perjuangan, cuma pendekatan berbeza untuk disesuaikan dengan kepimpinan kini. - Gambar fail
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
AWANI Tonight: Astro's turnaround, new TV packs, and Premier League rights
Astro Malaysia Holdings Bhd reported a net profit of RM46.94 million for Q3 2024, introduced new TV packs, and renewed Premier League and FA Cup broadcasting rights through 2028.
AWANI Tonight: Govt probes alleged mishandling of deceased baby’s body
The Health Ministry has launched an investigation into the claim that a private hospital stored a newborn’s body in a freezer for two weeks, due to the father’s inability to pay the medical bills.
PKR Kelantan perlu lipat ganda usaha tambah keahlian - Nurul Izzah
Pemimpin dan anggota PKR peringkat cawangan diminta melipatgandakan usaha menambah keahlian bagi memastikan parti itu mampu memenangi kerusi di negeri ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Daftar Pemilih Tambahan Ogos 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos Tahun 2024 (DPT BLN8/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 22 Okt depan.
Zahid Hamidi setuju dengan Dr Akmal, UMNO mahu dua pertiga kerusi pada PRU16
Presiden UMNO tidak puas hati jumlah kerusi yang ada sekarang namun menegaskan, sekiranya mahu dua pertiga, UMNO perlu bekerja lebih keras.
'Belum terbuka hati jumpa wakil pembangkang' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mengakui terdapat wakil parti politik pembangkang yang mahu berjumpa beliau dan Anwar untuk berunding membentuk kerjasama dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Keputusan tidak kosongkan kerusi dibuat selepas semua perkara dikaji - Johari
Keputusan tidak mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen bekas ahli Bersatu dibuat selepas semua perkara dikaji, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
Pita Limjaroenrat ikrar mahu rebut semula jawatan PM Thailand
Pita berkata, beliau hanya menunggu masa untuk bertanding semula kerana selama ini beliau tidak pernah putus asa berjuang.
Pilihan raya umum Pakistan pada 8 Feb
Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan (ECP) pada Khamis mengumumkan 8 Februari tahun depan sebagai tarikh rasmi pilihan raya umum di negara Asia Selatan itu, lapor Xinhua.
Muktamar Pas tumpu usaha kekal sokongan anak muda - Mohd Amar
Muktamar Pas ke-69 bulan depan dijangka memberi tumpuan terhadap usaha untuk memastikan sokongan pengundi muda terhadap parti itu kekal hingga ke pilihan raya seterusnya.
GPS akan sokong Kerajaan Perpaduan hingga Pilihan Raya Umum seterusnya - Abang Jo
Sokongan itu penting agar wujud kestabilan yang membolehkan Kerajaan Persekutuan mentadbir dengan lebih fokus.
PRK Pelangai: Wakil BN harus dipilih semula, beri kesinambungan perkhidmatan - Zahid
Barisan Nasional (BN) harus dipilih semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang akan datang.