KUALA LUMPUR: Kehidupan normal kini hampir boleh dinikmati setelah Malaysia mula melangkah masuk ke Fasa Peralihan Ke Endemik semalam, yang menyaksikan rakyat semakin bebas daripada sekatan-sekatan yang membelenggu kehidupan akibat pandemik COVID-19.
'Kemerdekaan' yang dikecapi hari ini tidak datang bergolek, selepas rakyat terpaksa mengehadkan aktiviti sebelum ini ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang bermula pada 18 Mac 2020.
Kerjasama rakyat dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta bersama-sama kerajaan menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), membawa kejayaan ke arah transisi negara memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik.
Kejayaan ini juga dicapai menerusi teraju Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berjaya menstabilkan negara yang sebelum itu bergelut dengan peningkatan kes harian COVID-19, serta dilanda krisis politik.
Negara melalui pertukaran kepimpinan utama, telah menyaksikan tiga perdana menteri silih berganti selepas Pilihan Raya Umum ke-14.
Meskipun bukan Presiden UMNO, beliau berjaya mendapat kepercayaan 114 ahli Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai perdana menteri kesembilan, sekali gus menjadi sandaran untuk mengakhiri polemik politik dan membawa Malaysia keluar dari wabak COVID-19 serta memacu semula ekonomi negara.
Ismail Sabri bukan sahaja berjaya menyatukan rakyat menerusi gagasan Keluarga Malaysia, malah turut mengajak seteru politik untuk bersama-sama dengannya dalam memulih dan mengeluarkan negara daripada 'dirantai' pandemik COVID-19.
Bukan omong kosong, Perdana Menteri mengilhamkan satu solusi jangka panjang dengan mewujudkan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik, demi memastikan pentadbiran negara berjalan lancar dan kebajikan rakyat terus terbela.
Ditandatangani 13 Sept lepas, MoU antara kerajaan dan Pakatan Harapan itu berjaya membentuk satu kerjasama dwipartisan, yang bukan sahaja fokus kepada pemulihan negara malah berjaya meluluskan beberapa dasar penting hala tuju negara.
Dalam tempoh tujuh bulan Ismail Sabri menerajui negara, kepimpinannya terserlah apabila kestabilan politik semakin mengukuh, ekonomi negara mencatatkan pertumbuhan positif, satu demi satu sekatan diperkenalkan untuk mencegah penularan COVID-19 telah ditarik semula, dan rakyat kini bebas bergerak serta menjalani aktiviti ekonomi.
Dengan kejayaan PICK serta kestabilan politik yang dicapai, Ismail Sabri mengumumkan negara akan melalui strategi keluar dan fasa sementara, sebelum beralih ke fasa endemik yang tertakluk kepada pengumuman Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
Hari ini kita menyaksikan banyak kemudahan dinikmati rakyat antaranya daripada 181 SOP di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN), kini telah dipermudahkan kepada hanya satu SOP dan sembilan garis panduan dalam menuju kepada kehidupan normal.
Pembukaan pintu sempadan negara, memastikan penyatuan semula keluarga merupakan berita baik terutamanya menjelang Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri, selain berupaya melonjakkan kembali ekonomi negara khususnya sektor pelancongan.
Menerusi langkah-langkah ini, hasrat Ismail Sabri untuk memulihkan semula keadaan negara ini seperti dikongsi dalam ucapan sulungnya selaku perdana menteri, kini hampir pasti menjadi kenyataan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 02 2022
Kerjasama rakyat dalam mematuhi SOP serta bersama-sama kerajaan menjayakan PICK membawa kejayaan ke arah transisi negara memasuki fasa peralihan. - Gambar fail
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Kadar pengangguran akan terus menyusut berikutan pemulihan kukuh pasca pandemik - Kenanga
Ramalan kadar pengangguran itu akan diperkukuhkan lagi dengan dasar kerajaan yang berterusan seperti program subsidi upah.
Kepimpinan, kestabilan politik di sebalik fasa peralihan ke endemik
Kerjasama rakyat dalam mematuhi SOP serta bersama-sama kerajaan menjayakan PICK membawa kejayaan ke arah transisi negara memasuki fasa peralihan.
COVID-19: Malaysia memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik bermula 1 April 2022 - PM
Peralihan fasa tersebut merupakan 'exit strategy' bagi membolehkan rakyat Malaysia kembali ke kehidupan hampir normal selepas.
UK umum peruntukan lebih 700 juta pound persediaan keluar EU
Pakej pembiayaan tersebut akan membayar kos untuk pos kawalan sempadan baharu dan meningkatkan pengambilan kakitangan pasukan sempadan sebanyak 500 orang.