KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menetapkan 30 Januari tahun depan untuk keputusan sama ada Datuk Seri Najib Tun Razak dibebaskan atau dipanggil membela diri atas pertuduhan meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

“Saya berterima kasih dengan hujahan semua pihak,” katanya yang turut akan memutuskan isu yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan.

Pihak pembelaan membangkitkan isu sama ada bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy boleh diberikan indemniti atau pengecualian liabiliti undang-undang dan dibebaskan daripada tuduhan selepas dipanggil sebagai saksi pendakwaan.

Dalam kes ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram manakala Najib diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sementara Arul Kanda oleh Datuk N Sivananthan.  -- Sinar Harian

BERITA LANJUT MENYUSUL