Keputusan SPM 2020 catat GPN 4.80, terbaik dalam tempoh 5 tahun - Radzi Jidin

Astro Awani
Jun 10, 2021 01:22 MYT
Radzi berkata pencapaian SPM 2020 adalah yang terbaik sejak 2016. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 mencatatkan pencapaian calon yang lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.80 berbanding 4.86 pada 2019.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata ia pencapaian terbaik sejak 2016.
Pada masa sama, jelasnya, pencapaian calon luar bandar adalah lebih baik berbanding calon di bandar.
Seramai 401,105 calon telah menduduki peperiksaan SPM 2020 dengan jumlah keseluruhan 83 mata pelajaran di 3,310 pusat peperiksaan.
Dalam pada itu, kata Radzi, sebanyak 43 mata pelajaran menunjukkan keputusan peningkatan, 39 menurun dan satu kekal
"Pada SPM 2020, mata pelajaran Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menunjukkan peningkatan dalam prestasi mata pelajaran teras, sementara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menunjukkan penurunan.
"Calon layak sijil SPM pula meningkat kepada 88.68 peratus, lebih 1,96 peratus berbanding 86.72 peratus pada 2019.
"Sementara calon berkeperluan khas (CBK) layak sijil SPM turut menunjukkan peningkatan 6.88 peratus kepada 68.22 peratus pada 2020 berbanding 61.34 peratus pada 2019," katanya.
[
SIDANG MEDIA] Keputusan #SPM2020 oleh Menteri Kanan Pendidikan
#SPM #GPN #pengumuman spm 2020 #spm result #SPM 2020 #keputusan spm 2020 #Radzi Jidin #Sijil Pelajaran Malaysia #peperiksaan #Gred Purata Nasional #calon berkeperluan khas #CBK