Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan penyelesaian antara Malaysia dan China dalam pelaksanaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sebagai 'keputusan yang tepat pada masanya'.
Beliau berkata ini kerana selain mengukuhkan hubungan bilateral antara Kuala Lumpur dan Beijing, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga dijadualkan menghadiri forum di China hujung bulan ini.
"Penyelesaian rundingan ini membolehkan kedua-dua pihak untuk 'move-on' dan berbincang perkara lain berkaitan hubungan bilateral antara Kuala Lumpur dan Beijing," katanya.
Saifuddin berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam meraikan peserta Program "Familiarization Visit for Diplomatic Cops to Pahang" di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan, pada Jumaat.
Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh yang juga Anggota Parlimen Kuantan dan Rektor UIAM Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak.
Saifuddin menambah keputusan meneruskan ECRL pada kos lebih murah dan melibatkan jajaran baharu juga adalah keputusan mustahak yang dapat dicapai oleh kerajaan Pakatan Harapan kerana kos asalnya terlalu tinggi.
BACA: ECRL bukan 'gula-gula' untuk PRK Rantau - Dr Wan Azizah
Sementara itu, Fuziah juga mengalu-alukan keputusan untuk meneruskan pelaksanaan ECRL kerana apabila siap kelak, membawa limpahan ekonomi kepada penduduk negeri ini.
"ECRL merupakan laluan darat yang cepat untuk ke Pantai Timur dan ini membolehkan kehadiran pelancong dipertingkatkan selain penghantaran kargo, yang kedua-duanya berkaitan ekonomi," katanya.
Pejabat Perdana Menteri pada Jumaat mengumumkan bahawa projek ECRL akan disambung semula pada kos lebih rendah susulan pemeteraian perjanjian tambahan (SA) antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC).
Menurut kenyataan itu, kos pembinaan Fasa 1 dan 2 ECRL kini dikurangkan kepada RM44 bilion, pengurangan sebanyak RM21.5 bilion daripada kos asalnya RM65.5 bilion.
Wakil Khas Pedana Menteri Tun Daim Zainuddin pula dilaporkan berkata jajaran baharu ECRL ialah dari Kota Bharu-Mentakab-Jelebu-Kuala Kelawang-Bangi/Kajang-Putrajaya dan seterusnya Pelabuhan Klang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 12 2019
ECRL merupakan laluan darat yang cepat untuk ke Pantai Timur dan ini membolehkan kehadiran pelancong dipertingkatkan selain penghantaran kargo, yang kedua-duanya berkaitan ekonomi. - Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Lai Ching-te dari DPP menang Pilihan Raya Taiwan
Lai berdepan saingan tiga penjuru dengan Hou Yu-ih dari Kuomintang (KMT) dan Ko Wen-je dari Parti Rakyat Taiwan.
Pilihan Raya Taiwan: Rakyat mula jalankan tanggungjawab masing-masing
Pilihan raya tersebut menyusul ketika Beijing meningkatkan tekanan untuk mendapatkan pulau itu menerima kedaulatannya.
Beijing alami lebih banyak salji, gelombang sejuk dijangka melanda
Kawasan perbandaran Beijing mengalami lebih banyak salji pada Khamis dengan gelombang sejuk dijangka melanda ibu negara China itu pada Jumaat.
33 maut hujan paling lebat landa Beijing
Sekurang-kurangnya lima pekerja bantuan adalah antara mangsa yang maut. 18 orang lagi mangsa masih hilang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Blinken tiba di China bagi kendurkan ketegangan
Beberapa siri pertemuan dengan wakil kerajaan berpangkat tinggi dirancang sebelum Blinken berlepas pada Isnin.
Gelombang panas landa beijing, suhu cecah 39 darjah Celsius
Bandar raya Beijing mengeluarkan amaran pada tahap oren berikutan suhu tinggi diramal mencecah 39 darjah Celsius pada Jumaat, menurut pihak berkuasa cuaca tempatan.
Diplomat kanan China, AS bincang tingkatkan hubungan dua hala
Perbincangan itu diadakan di Beijing pada 5 Jun, lapor Sputnik yang memetik Kementerian Luar China pada Selasa.
Presiden Xi mahu Beijing terajui bidang sains dan teknologi
China komited meneruskan strategi keterbukaan serta sedia berganding tangan dengan semua untuk mempromosi inovasi sains dan teknologi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.