Keputusan Tok Pa keluar UMNO tidak memeranjatkan - Muhyiddin

Bernama
September 20, 2018 20:33 MYT
Muhyiddin turut berharap Mustapa akan terus menyumbang khidmat baktinya kepada negara. - Gambar fail
Keputusan Datuk Seri Mustapa Mohamed meninggalkan UMNO tidak memeranjatkan, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata Anggota Parlimen Jeli itu tahu UMNO sudah menjadi sebuah parti yang rosak dan sukar untuk dipulihkan.
Tambahnya, kerosakan yang telah dilakukan bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak sepatutnya membuka pintu hati pemimpin UMNO untuk meninggalkan parti itu.
"Walaupun tindakan yang diambil agak lewat tetapi ia belum terlambat. Saya percaya sebagai seorang yang berpengalaman dalam politik, Datuk Seri Mustapa telah memikirkan secara mendalam tindakannya untuk meninggalkan UMNO. Tindakan beliau adalah tepat dan wajar," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya, pada Khamis.
Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri turut berharap Mustapa yang lebih dikenali sebagai Tok Pa akan terus menyumbang khidmat baktinya kepada negara.
BACA: 'Lebih ramai akan ikut Tok Pa'
BACA: Gelombang keluar UMNO: Jangan jadikan parti 'punching bag'
BACA: Kita tahu ada tawar-menawar ahli Parlimen UMNO lompat parti
Mustapa mengumumkan keluar UMNO pada Selasa lalu selepas lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti itu susulan hala tuju UMNO kini tidak selari dengan perjuangannya.
-- BERNAMA
#keluar parti #kerosakan #khidmat bakti #Malaysia #menteri #Muhyiddin Yassin #Mustapa Mohamed #Najib Razak #Parlimen #presiden #UMNO