KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melancarkan Dasar Tenaga Negara 2021-2040 pada hujung bulan ini untuk meningkatkan aliran pelaburan dan memajukan matlamat pembangunan mampan Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Katanya, terdapat keperluan bagi mempunyai dasar dan peraturan untuk memanfaatkan peralihan Malaysia kepada tenaga yang lebih bersih kerana peralihan tenaga global akan mewujudkan pelbagai cabaran serta peluang kepada sektor tenaga dan ekonomi.
"Saya amat berharap Dasar Tenaga Negara akan menyumbang kepada kualiti hidup yang lebih baik untuk rakyat Malaysia, daripada segi ekonomi yang lebih kukuh dan masyarakat yang lebih mesra alam,'' katanya dalam ucaptama pada seminar setengah hari mengenai Matlamat Pembangunan Mampan 7 (SDG7) di sini hari ini.
Seminar setengah hari itu dianjurkan bersama oleh Tenaga Nasional Bhd dan Unit Perancang Ekonomi.
Mustapa berkata, Malaysia perlu menggunakan alternatif seperti tenaga boleh diperbaharui (RE) dan tenaga baharu apabila negara mula mengurangkan kebergantungan ke atas arang batu.
Malaysia telah menyemak semula sasaran kapasiti RE nasionalnya kepada 31 peratus berbanding 20 peratus menjelang 2025, katanya.
Sumbangan RE dalam gabungan kapasiti yang dipasang diunjurkan naik kepada 40 peratus daripada 31 peratus menjelang 2035 dalam Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Diperbaharui Malaysia.
Di samping itu, teknologi penangkapan, penggunaan serta penyimpanan karbon bagi mengurangi bahan pencemaran itu juga perlu diterokai, dan jika didapati boleh dilaksanakan, mesti diterima, katanya.
"Kita mengakui keperluan bagi mengukuhkan kerjasama antarabangsa untuk memastikan akses sejagat kepada tenaga yang berpatutan serta yang boleh dipercayai. Kita perlu kejelasan dalam agenda tenaga negara dan memastikan bahawa lampu di rumah kita akan sentiasa menyala.
"Kita juga perlu memastikan bahawa sistem kita kekal teguh serta berdaya tahan dalam menguruskan gangguan semasa peralihan tenaga global," kata Mustapa, sambil menambah akan wujud implikasi kos dan perubahan sistemik yang perlu ditangani oleh kerajaan. - BERNAMA
Bernama
Tue Aug 09 2022
Kerajaan akan melancarkan Dasar Tenaga Negara 2021-2040 pada hujung bulan ini untuk meningkatkan aliran pelaburan dan memajukan matlamat pembangunan mampan Malaysia, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed. - Gambar fail
Nahas helikopter Lumut: 2 Pegawai Memerintah Skuadron, ini senarai mangsa terkoban
Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) wanita dan dua Pegawai Memerintah Skuadron antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut.
Bursa Singapura: Perubahan peraturan bantu pelabur panggil mesyuarat khas
Peraturan baharu itu boleh menjadi langkah positif dalam usaha memperbaik tadbir urus korporat.
Airasia Consulting teruskan libat urus bagi nyahlabur Srilankan Airlines
AirAsia Consulting berhasrat untuk meneruskan libat urus dengan pihak International Finance Corporation (IFC) yang diberi mandat memberi nasihat kepada kerajaan Sri Lanka berhubung usaha nyahlabur dalam SriLankan Airlines Ltd.
Harga minyak: Peningkatan harga beri kesan positif dan negatif - SERC
Terdapat kebimbangan mengenai "kesan pesanan kedua" bekalan minyak yang dijangka menyebabkan kenaikan harga tenaga dan seterusnya inflasi. Ini akan melemahkan perbelanjaan pengguna dan permintaan pelaburan.
Victoria Beckham sifatkan reunion Spice Girls hadiah terbaik sambut usia ke-50
Victoria Beckham Sifatkan Reunion Spice Girls Hadiah Terbaik Sambut Usia 50
Kerajaan perlu ambil kira graduan sedia ada di pasaran
Kerajaan perlu mengambil kira graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang sedia ada dalam pasaran ketika ini jika mahu melihat keberkesanan penetapan gaji premium untuk graduan dalam bidang itu secara optimum.
Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
Pasaran buruh: Produktiviti tenaga kerja masih perlu dipertingkat
Kadar pengangguran telah menurun kepada paras sebelum wabak Covid-19 sebanyak 3.3 peratus pada suku keempat 2023, namun, kadar pengangguran berasaskan kemahiran berada pada 37.4 peratus dalam tempoh yang sama.
Kewangan: Golongan Millenial, Gen Z Malaysia teraju perbankan Islam
Malaysia juga mempunyai kadar tertinggi pengguna yang hanya menggunakan perbankan Islam (42 peratus), berbanding hanya lebih suku (26 peratus) daripada responden global.
MCMC nasihat tidak muat naik dan padam video
MCMC mengingatkan orang ramai supaya tidak memuat naik atau menyebarkan rakaman video nahas dua helikopter TLDM.
Kementerian Ekonomi akan muktamadkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga dalam masa 3 bulan
Kementerian Ekonomi akan memuktamadkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga untuk menterjemahkan Dasar Tenaga Negara kepada projek peralihan tenaga.
Pelaksanaan Dasar Tenaga Negara dijangka tingkatkan purata KDNK RM13 bilion setahun - PM
Pelaksanaan DTN juga dijangka mewujudkan lebih 207,000 peluang pekerjaan baharu dalam sektor yang berkaitan.
Kerajaan akan kaji semula dasar berkaitan sektor tenaga - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya akan mengadakan kerjasama dengan pihak terlibat bagi menyelesaikan cabaran teknikal dan kos bagi memajukan industri ini.
Kerajaan akan lancar Dasar Tenaga Negara hujung bulan ini - Mustapa
Dasar Tenaga Negara 2021-2040 akan dilancarkan untuk meningkatkan aliran pelaburan dan memajukan matlamat pembangunan mampan Malaysia.