KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus menambah baik kaedah mengukur kemiskinan dalam memastikan keberkesanan dalam inisiatif pembasmian kemiskinan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan sudah mempunyai Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI) merangkumi empat dimensi dan 11 indikator.
"Ia akan diperluas supaya lebih komprehensif untuk mengukur kemiskinan pelbagai dimensi dengan lebih baik termasuk untuk mengambil kira ketersediaan jalur lebar dan peranti digital.
"MPI akan membantu proses membuat keputusan berasaskan bukti pada semua peringkat perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian inisiatif untuk mengurangkan kemiskinan," katanya ketika menggulung perbahasan mengenai Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di persidangan Dewan Rakyat.
Mustapa berkata pangkalan data berkaitan pembasmian kemiskinan dan bantuan sosial akan disepadukan melalui pembangunan Pangkalan Data Perlindungan Sosial (PDPS) untuk mengelak pertindihan, melakukan kesilapan dan penyisihan penerima bantuan.
Analisis data raya dan dasar yang berpandukan data juga akan digunakan untuk menambah baik program membasmi kemiskinan, katanya.
"Sehingga kini, sebanyak 167 program merentasi semua kementerian dan jabatan melibatkan 13.7 juta penerima bantuan dengan nilai bantuan sebanyak RM28.6 billion sudah dikenal pasti.
"PDPS ini dijadualkan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada bulan November akan datang," katanya.
Sementara itu, mengenai sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti korporat Bumiputera melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB), beliau berkata sasaran tersebut masih belum tercapai.
Pemilikan ekuiti sektor korporat Bumiputera berasaskan nilai pasaran pada tahun 2019 adalah hanya 17.2 peratus berbanding bukan Bumiputera 25 peratus, asing 45.5 peratus dan nomini 12.3 peratus.
Dalam RMK-12, kerajaan telah mengumumkan kerangka jaringan keselamatan ekuiti bagi meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam memastikan penjualan saham atau syarikat Bumiputera milik agensi mandat Bumiputera, ditawarkan dan dijual kepada konsortium, syarikat atau individu Bumiputera lain yang berkelayakan.
Agensi mandat Bumiputera ini terdiri daripada institusi kepentingan Bumiputera termasuk Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Lembaga Tabung Haji serta agensi amanah Bumiputera termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA), Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri.
PNB merupakan penyumbang peratusan terbesar dalam pemilikan ekuiti korporat Bumiputera, jelasnya.
Bagaimanapun, Mustapa berkata cadangan yang diumumkan itu tidak melibatkan saham dan/atau syarikat yang akan dijual oleh individu Bumiputera, bukan Bumiputera atau syarikat asing.
"Saya ingin menegaskan bahawa cadangan ini tidak akan mengambil hak kepentingan kaum lain," katanya.
Mengenai isu berkaitan pegangan nomini dalam pemilikan ekuiti sektor korporat pula beliau berkata pemilikan nomini pada tahun 2019 berdasarkan nilai pasaran adalah 12.3 peratus.
Ketika ini, pegangan nomini tidak disyaratkan untuk mendedahkan pemilik sebenar saham mereka, katanya.
"Sehubungan itu, saya ingin memaklumkan bahawa pindaan dan penambahbaikan akan dibuat kepada Akta Syarikat 2016 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 bagi mengenal pasti pemilik sebenar saham dalam syarikat khususnya di bawah pegangan nomini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 07 2021
Mustapa berkata pangkalan data berkaitan pembasmian kemiskinan dan bantuan sosial akan disepadukan melalui pembangunan Pangkalan Data Perlindungan Sosial (PDPS). - Gambar fail
Louis Gossett Jr meninggal dunia pada usia 87 tahun
Louis Gossett Jr., lelaki kulit hitam pertama memenangi Anugerah Akademi sebagai pelakon pembantu terbaik, meninggal dunia pada usia 87 tahun.
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Reka bentuk PADU terbaik, selamat dan berkesan, bukan guna kaedah lapuk - DOSM
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menegaskan bahawa reka bentuk dan pembangunan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) adalah yang terbaik, selamat serta berkesan.
It’s About YOUth: Fostering inclusion for autism
Millions worldwide live with Autism Spectrum Disorder, but misunderstanding and stigma persist. Autism Behavioural Centre’s Charlene Marie Samuel and Consultant Psychologist Katyana Azman discuss overcoming these challenges to promote greater inclusion.
35 laluan bas Rapid KL terlibat penyelarasan operasi bermula hari ini
Sebanyak 35 laluan atau 13 peratus daripada keseluruhan 264 laluan bas Rapid KL di Lembah Klang termasuk bas perantara Laluan Transit Aliran Massa (MRT) terlibat dalam penyelarasan operasi.
AWANI Ringkas: Kes Bunuh | Korporat | Net Zero 2050
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Beli Kondo Mewah | Komoditi | UNESCO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
AWANI 7:45 [29/03/2024] – Malaysia ada undang-undang | Sindiket seludup membabitkan Kastam | Pegawai polis lindungi kegiatan haram
Ketua Polis Negara beri amaran jangan ambil tindakan sendiri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Kerajaan akan tambah baik kaedah mengukur kemiskinan - Mustapa
Kerajaan akan terus menambah baik kaedah mengukur kemiskinan dalam memastikan keberkesanan dalam inisiatif pembasmian kemiskinan.