KOTA BHARU: Kerajaan akan meneruskan subsidi kepenggunaan yang dilaksanakan ketika ini bagi tempoh jangka pendek, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata ini berikutan subsidi kepenggunaan yang meliputi petrol, minyak masak, tarif elektrik dan sebagainya adalah bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Pada masa sama, pelaksanaan subsidi dalam tempoh jangka sederhana dan panjang pula akan dinilai secara teliti supaya tidak menjejaskan kedudukan kewangan kerajaan, katanya.
"Setakat ini kita telah buat yang terbaik dengan memberi subsidi kepenggunaan berjumlah RM77.3 bilion bagi 2022. Nilai itu merupakan jumlah subsidi tertinggi dalam sejarah yang pernah ditanggung oleh kerajaan.
"Adalah sukar untuk kita pertahankan subsidi besar dalam jangka panjang dan dalam situasi ini telah memberi ruang bagi kerajaan untuk membantu rakyat," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi dialog mengenai Isu Ekonomi Semasa bersama Pihak Industri dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan di sini, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Makro Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Datuk Nor Azmie Diron dan Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Kelantan Mohamad Nazwan Ismail.
Mengulas selanjutnya, Mustapa yang turut menganggotai Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi berkata pihaknya juga berhasrat untuk memperkasa kesatuan pengguna dalam menghadapi cabaran kenaikan harga barangan.
"Kerajaan akan terus bantu rakyat untuk menangani masalah ini, termasuk mengadakan seminar di peringkat kebangsaan dan negeri bagi meningkatkan kesedaran pengguna. Kita tidak mahu ada peniaga yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga secara keterlaluan.
"Kita juga berharap komunikasi sedemikian akan membolehkan rakyat lebih memahami keadaan semasa dan mengetahui tindakan yang telah dan akan diambil oleh kerajaan bagi membendung kenaikan harga barangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 01 2022
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berucap pada Sesi Dialog Mengenai Isu Ekonomi Semasa Bersama Pihak Industri dan NGO di Kelantan, di sini hari ini. - Foto BERNAMA
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
RM66.3 bilion untuk subsidi tahun lalu - Kementerian Kewangan
Ia merangkumi subsidi petrol, diesel dan gas cecair memasak, subsidi minyak masak, subsidi bil elektrik dan subsidi harga ayam dan telur yang merupakan antara subsidi dengan perbelanjaan terbesar.
Kerajaan akan teruskan subsidi kepenggunaan bagi tempoh jangka pendek - Mustapa
Kerajaan akan meneruskan subsidi kepenggunaan yang dilaksanakan ketika ini bagi tempoh jangka pendek, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Kerajaan digesa tarik balik subsidi, berbilion ringgit boleh salur ke B40, M40 - Ameer Mydin
Golongan M40 pun sudah ramai yang jadi B40, kata Pengarah Urusan Mydin Holdings Berhad.