KUALA LUMPUR: Pentadbiran baharu negara yang akan dibentuk kelak perlu menstabilkan ekonomi yang terjejas teruk akibat daripada impak pandemik COVID-19, kata Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia.
"(Dengan adanya kestabilan) bermakna kita akan mendapat lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) dan malahan pelaburan domestik kita akan kembali, dan secara umumnya akan ada lebih banyak pekerjaan kepada rakyat. Itulah fokus yang kita perlukan sekarang," kata Ketua Bendaharinya Chris Daniel Wong dalam program Mid-day Update Bernama TV hari ini.
Wong berkata banyak perniagaan di negara ini yang berdepan masalah, terutamanya perniagaan kecil dan sederhana.
"Ada empat jenis (perniagaan) dalam industri ketika ini, kita ada 30 peratus perniagaan yang telah menutup operasi, 30 peratus sedang nazak, 30 peratus hampir nazak dan hanya 10 peratus yang mampu bertahan dan meneruskan kelangsungan hidup," katanya.
Menurutnya, kerajaan akan memerlukan pelan yang dipertingkatkan untuk mengurangkan kes COVID-19 walaupun banyak negeri yang telah beralih ke Fasa Dua dan Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).
"Pentadbiran baharu perlu meneliti semula PPN. Kita perlu melihat kembali pelan itu bagi memastikan prosedur operasi standard ditambah baik lagi agar kita dapat melandaikan kadar jangkitan.
"Saya cuma mahu memetik laporan yang saya lihat hari ini daripada akhbar tempatan bahawa 50.3 peratus daripada jangkitan di tempat kerja masih lagi daripada kilang. Jadi ini adalah sesuatu yang pentadbiran baharu perlu melihat semula dengan serius kerana rakyat masih terus bimbang dengan perkara ini," kata Wong.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 19 2021
Banyak perniagaan di negara ini yang berdepan masalah, terutamanya perniagaan kecil dan sederhana. - Gambar hiasan/Bernama
Gaza Freedom Flotilla: Latihan antikekerasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula
Freedom Flotilla to Gaza: Latihan anti keganasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tun Hanif selamat dikebumi di sebelah pusara anak
Jenazah Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, jam 3.17 petang Sabtu.
JKM tunggu siasatan lengkap polis sebelum ambil tindakan lanjut
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri bmengesahkan pihak JKM sudah menemui mangsa buli berusia lapan tahun dan kesemua yang terlibat untuk dirakam percakapan
Kerajaan komited noktahkan kemiskinan tegar di Sabah - PM Anwar
Perdana Menteri percaya hubungan erat kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah yanmampu memainkan peranan penting dalam merealisasi hasrat tersebut.
Pemergian Tun Hanif kerugian buat negara - Musa Hassan
Pemergian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammad Hanif Omar adalah satu kerugian buat negara.
Bekas KPN kelapan Tan Sri Musa Hassan menyifatkan Allahyarham sebagai ketua yang tegas dan amat peduli dengan pegawai bawahan ketika bersama PDRM.
Bekas KPN kelapan Tan Sri Musa Hassan menyifatkan Allahyarham sebagai ketua yang tegas dan amat peduli dengan pegawai bawahan ketika bersama PDRM.
Kompaun RM1.4 juta kesalahan merokok sepanjang Mac
KKM mengeluarkan 5,549 kompaun dengan nilai tawaran berjumlah RM1.4 juta pada Mac.
Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Ahli keluarga, saudara mara dan kepimpinan tertinggi PDRM dilihat sudah berada di tanah perkuburan tersebut.
Perincian lanjut, bersama Ridauddin Daud yang berada di lokasi.
Ahli keluarga, saudara mara dan kepimpinan tertinggi PDRM dilihat sudah berada di tanah perkuburan tersebut.
Perincian lanjut, bersama Ridauddin Daud yang berada di lokasi.
Sultan Pahang zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Kerajaan Madani komited noktahkan kemiskinan tegar di Sabah - Anwar
Kerajaan Madani komited untuk menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah walaupun memahami situasi itu agak rumit untuk diselesaikan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
MYNIC sasar lebih ramai usahawan guna domain.my kembangkan perniagaan
Ketika ini, jumlah keseluruhan pengguna domain.my adalah sebanyak 313,000 orang berbanding 400,000 pengguna yang disasarkan untuk 2024.
Presiden Xi adakan pertemuan dengan wakil perniagaan, strategik dan akademik AS
Xi berkata hubungan China-AS antara hubungan dua hala yang paling penting di dunia.
Peletakan jawatan juruaudit secara mendadak, tanda supaya pelabur berwaspada - MSWG
Tempoh jawatan juruaduit hendaklah tamat selepas 21 hari dari tarikh notis itu diberikan atau dari tarikh seperti yang dinyatakan.
Lebih banyak syarikat Jerman nyatakan minat kembangkan perniagaan ke Malaysia
Anwar telah menerima lebih banyak komitmen dan pernyataan minat oleh syarikat Jerman untuk mengembangkan perniagaan ke Malaysia.
Langkah tegas cegah rasuah isyarat kesungguhan kerajaan pupuk ketelusan - Sultan Nazrin
Negara hadapi cabaran besar memacu pertumbuhan ekonomi, lantas tata kelola yang baik sangat diperlukan untuk bina keyakinan pelabur.
TM One perkasa kemampanan perniagaan melalui penyelesaian pintar, inovatif
TM One memainkan peranan penting dalam mewujudkan perkhidmatan digital yang lestari untuk semua rakyat Malaysia.
Peniaga Kompleks Hentian Bas MBKT 'tenat' menunggu pengunjung
Lebih separuh daripada sekitar 300 kedai di situ telah ditutup akibat kebanyakan peniaga tidak mampu bertahan lalu 'gulung tikar'.
SPRM ambil keterangan anak bekas Perdana Menteri
Individu terbabit dipanggil memberi keterangan termasuk bagi mengisytiharkan semua harta miliknya sama ada di dalam atau di luar negara.
Sarawak sasar ambil alih satu lagi entiti untuk rancakkan sektor keusahawanan
Pengambilalihan itu akan diumum dalam tempoh sebulan dua ini dan ia merupakan satu daripada tiga entiti utama yang akan menjadi milik penuh negeri tahun ini.
Masalah bekalan air di Jertih jejaskan ekonomi penduduk setempat
Antara yang terkesan dengan masalah itu ialah perniagaan kedai dobi dan pengusaha resort di dalam kawasan tersebut.