Kaum India di negara ini akan terus dibantu walaupun mereka hanya kaum minoriti, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
Penglibatan kaum India dalam kerajaan telah dibuktikan melalui parti MIC yang mana menteri, timbalan menteri dan speaker hadir dari kalangan mereka, kata Shahidan.
"Kaum India di negara ini terutamanya yang menyokong BN walaupun sebagai kaum minoriti dan melalui parti komponen MIC yang memenangi tiga kerusi Parlimen pada pilihan raya lepas, kerajaan telah memberikan lima jawatan dalam kerajaan termasuk menteri, timbalan menteri dan speaker," kata Shahidan.
Shahidan yang ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali 2017 Parlimen Arau di Pusat Khidmat Kubang Gajah,di sini petang Ahad.
Menteri dari MIC ialah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam dan timbalan menteri iaitu Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M.Saravanan, Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P.Kamalanathan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri S K Devamany dan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk S A Vigneswaran.
Beliau juga berkata, kerajaan sekarang telah berjaya membantu rakyat tidak mengira kaum dan agama serta turut berjiwa rakyat dengan memberikan pelbagai bantuan dan kemudahan di seluruh negara.
Dalam pada itu, Shahidan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis berkata, beliau akan terus berusaha membantu rakyat kerana beliau juga seorang menteri kepada semua rakyat.
Selain itu, beliau berkata , dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Sanglang dan Indera Kayangan yang menjadi milik pembangkang akan ditawan kembali pada pilihan raya akan datang supaya BN akan memenangi kesemua 15 kerusi DUN termasuk tiga kerusi parlimen sedia ada, di negeri ini.
Turut hadir, Pengerusi MIC Perlis, S.Vengadasamy
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 15 2017
Kaum India di negara ini akan terus dibantu walaupun mereka hanya kaum minoriti, kata Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Rusia larang rakyatnya kunjungi AS
Menerusi satu taklimat, Rusia memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak mengunjungi Amerika Syarikat (AS) dan negara Barat lain, atas alasan mereka boleh ‘diburu’ oleh pihak berkuasa di negara tersebut.
Ukraine lancar peluru berpandu ATACMS ke pangkalan Rusia
Rusia mendakwa Ukraine melancarkan serangan peluru berpandu balistik buatan Amerika Syarikat (AS) jenis ATACMS ke arah sebuah pangkalan udara tentera di kawasan Laut Azov.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.