PUTRAJAYA: Kerajaan belum membuat keputusan untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Rusia yang terkesan akibat sekatan ekonomi yang dikenakan terhadap negara itu.
Bagaimanapun, Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata beliau akan mengadakan mesyuarat secara sidang video dengan rakyat Malaysia di Moscow dalam masa terdekat untuk mendengar masalah mereka.
"Ada satu dua isu berkaitan penghantaran wang yang sedang mereka hadapi," katanya pada sidang media selepas mengumumkan pelantikan Jawatankuasa Belia untuk Hubungan Antarabangsa dan Diplomasi, di sini, hari ini.
Rusia dikenakan pelbagai sekatan ekonomi termasuk oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah berikutan operasi ketenteraannya ke atas Ukraine sejak 24 Feb lepas.
Susulan sekatan berkenaan, sesetengah rakyat Malaysia di negara itu mungkin berdepan gangguan dalam mengakses perkhidmatan perbankan dan kewangan seperti Pindahan Dana Elektronik (EFT) dari Malaysia ke akaun mereka dengan bank tertentu di Persekutuan Rusia.
Ditanya mengenai dakwaan bahawa terdapat rakyat Malaysia yang masih berada di Ukraine, Saifuddin berkata beliau dimaklumkan sebahagian daripada mereka telah pulang manakala selebihnya memilih untuk tinggal di negara-negara jiran.
"Ada yang memilih untuk berada di Poland dan ada yang melalui Poland untuk ke negara lain. Ini sahaja setakat yang kita ada makluman," katanya.
Mengenai Jawatankuasa Belia untuk Hubungan Antarabangsa dan Diplomasi, Saifuddin berkata ia dipengerusikan oleh Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid dan dianggotai oleh 13 ahli.
Jawatankuasa itu ditubuhkan bagi memudahkan Kementerian Luar membantu dan memfasilitasi penglibatan belia Malaysia dalam isu-isu dan program-program antarabangsa.
"Dasar luar dan kerja-kerja hal ehwal antarabangsa ini juga melibatkan diplomasi awam. Di sini letaknya kepentingan jawatankuasa ini kerana peranan belia dalam diplomasi awam sebenarnya sangat besar, cuma kita belum menerokanya dengan sebegitu serius.
"Ada banyak perkara yang boleh dilakukan oleh golongan belia untuk membantu Malaysia mencapai objektif-objektif dasar luar yang sedia ada," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 18 2022
Saifuddin berkata beliau dimaklumkan sebahagian daripada mereka telah pulang manakala selebihnya memilih untuk tinggal di negara-negara jiran. - Foto Facebook Saifuddin Abdullah
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
SolaRIS memberdaya permintaan solar, tingkat peluang kerja - Pakar
Permohonan boleh dibuat bermula 1 April sehingga 31 Disember 2024 dan permohonan NEM Rakyat yang telah diperolehi perlu beroperasi selewat-lewatnya 31 Mac 2025, atau sehingga kesemua kuota rebat SolaRIS habis diagihkan, yang mana terdahulu.
Masyarakat dinasihati pantau penggunaan tenaga elektrik
Ketua Pegawai Retail, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kamal Ariffin A.Rahman berkata cuaca panas melampau mampu memberi kesan kepada kadar permintaan dan penggunaan peralatan elektrik isi rumah.
Perginya Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee
Jenazah Tokoh Wartawan Negara 2014 allahyarham Datuk Ahmad Rejal Arbee Mahmud Isa Arbee selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 7 Shah Alam pada Jumaat.
'No free lunch', tiada penambahan hari tol percuma - Ahmad Maslan
Kerajaan tidak berhasrat untuk menambah bilangan hari bagi pemberian tol percuma sempena Aidilfitri tahun ini.
Masters Sepanyol: Jun Hao, Wan Arif-Roy King teruskan cabaran
Leong Jun Hao mengesahkan slot suku akhir Sepanyol Masters Super 300 selepas menewaskan pilihan keenam dari Taiwan, Lin Chun Yi.
Ringgit dibuka rendah susulan jangkaan AS tangguh turun kadar faedah
Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar AS.
[TERKINI] Bas persiaran terbalik, 2 maut di Bentong
Sebuah bas persiaran dilaporkan terlibat dalam kemalangan di Km 51.4 arah Timur (Bukit Tinggi - Lentang) lebuh raya Karak Bentong pada awal pagi Jumaat.
Pantau Belanjawan: Riba & gharar dalam aplikasi kewangan digital
9.24 juta telah daftar PADU
Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) menunjukkan peningkatan iaitu 9.24 juta telah berdaftar setakat Khamis.
Sirul kemungkinan besar gagal dibawa pulang - Razarudin
Perbezaan peruntukan undang-undang antara Malaysia dan Australia mempengaruhi keadaan itu.
Ketegangan di Rusia: Kerajaan sedia bawa pulang 755 rakyat Malaysia - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan sedia membawa pulang seramai 755 rakyat Malaysia yang berada di Rusia sekiranya keselamatan mereka terjejas.
Myanmar setuju pelarian Rohingya dihantar pulang - Menteri Luar Bangladesh
China sebagai sekutu penting Myanmar akan memudahkan proses penghantaran pulang.
Kerajaan belum buat keputusan bawa balik rakyat Malaysia di Rusia - Saifuddin
Kerajaan belum membuat keputusan untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Rusia yang terkesan akibat sekatan ekonomi yang dikenakan terhadap negara itu.
India bawa pulang diplomat, warganya dari Kabul
Sebuah pesawat C-17 Tentera Udara India (IAF) menerbangkan lebih 120 rakyat India, termasuk diplomat, dari Kabul dan mendarat di Gujarat pada Selasa, kata seorang pegawai kerajaan.
Misi repatriasi bawa pulang rakyat Malaysia dari India selamat tiba di tanah air
Misi repatriasi membawa pulang rakyat Malaysia dari New Delhi dan Mumbai, India selamat tiba di Unit Kecemasan Udara, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 1 pagi tadi.
PKPB: Banyak premis makanan masih kekal konsep 'take away'
Terdapat restoran makanan segera yang masih belum 'membuka pintu' kepada orang ramai untuk makan di dalam premis.
PKP: Berniaga makanan sehingga 10 malam hanya rumitkan kawalan - Menteri
Ini kerana kebanyakan yang keluar kelak tidak semestinya keluar untuk ke gerai sahaja dan ini hanya akan merumitkan kawalan.
Jerantut, Pekan dan Raub dilarang jual makanan secara bawa pulang mulai esok
Arahan itu juga meliputi restoran makanan segera di tiga daerah terbabit.
COVID-19: Malaysia, Brunei kerjasama bawa pulang rakyat terkandas di luar negara
84 rakyat malaysia yang terkandas di mesir telah dibawa pulang menaiki pesawat sewaan khas Kerajaan Negara Brunei Darussalam.