Kerajaan belum memutuskan pembelian jet pejuang Rafale buatan Perancis bagi menggantikan pesawat tempur buatan Russia, MiG-29, yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sejak 1995.
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata pelbagai aspek perlu diteliti sebelum keputusan pembelian dibuat termasuk keupayaan pesawat berkenaan serta kemampuan kewangan negara.
"Penelitian bukan sahaja dibuat oleh Kementerian Pertahanan tetapi melibatkan beberapa agensi lain termasuk Kementerian Kewangan," katanya kepada pemberita selepas menutup Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kumpulan 3 siri 10/2013 Kem PLKN White Resort di Balik Pulau di sini hari ini.
Abdul Rahim berkata penggantian pesawat pejuang dan aset ketenteraan negara menjadi keperluan penting memandangkan kelengkapan itu boleh dijadikan sebagai insurans bagi menjamin kedaulatan negara.
Katanya aset ketenteraan perlu diganti apabila cukup tempoh masanya bagi memastikan kelengkapan pertahanan negara tidak ketinggalan zaman.
"Adalah tidak ekonomi untuk pertahanan negara sekiranya aset sedia ada digunakan untuk tempoh masa yang lebih daripada 30 tahun," katanya.
Mengulas mengenai pembelian aset Kapal Tempur Pesisir (LCS) serta kapal peronda luar pesisir (OPV) untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang akan beroperasi pada 2018, beliau berkata ia adalah satu keperluan untuk melindungi kawasan perairan negara terutamanya di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).
Katanya kapal berkenaan akan dibina dengan kerjasama syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Boustead Naval Shipping dan sebuah syarikat milik Perancis yang kosnya tidak akan melebih RM9 bilion.
"Kita sudah ada kemampuan untuk membina kapal perang sendiri cuma memerlukan bantuan kepakaran spesifik dari luar untuk membina perisian dan sistem persenjataan yang diperlukan.
"Pembinaan kapal-kapal ini juga akan dibuat di Lumut, Perak dan dijangka dapat disiapkan dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya.
Beliau turut menegaskan pembelian aset ketenteraan itu adalah mengikut keperluan dalam memastikan pertahanan negara memiliki aset yang terbaik demi menjamin kedaulatan negara.
"Kapal perang bukan khusus untuk peperangan tetapi juga perlu untuk menjaga kawasan perairan negara memandangkan kita memilik beberapa aset seperti pelantar minyak dan gas yang jauh di tengah laut," katanya.
Bernama
Thu Oct 31 2013
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Azalina tegur menteri kewangan, timbalan tiada dalam Dewan Rakyat
Azalina menegaskan sekiranya menteri tidak dapat hadir, timbalannya perlu berada dalam Dewan Rakyat mendengar perbahasan tentang Belanjawan 2021.
'Veveonah tidak menipu, dia memang ambil peperiksaan dalam talian' - Masidi
Pengerusi Universiti Malaysia Sabah (UMS) Datuk Seri Masidi Manjun mengesahkan Veveonah Mosibin tidak menipu dan sememangnya mengambil peperiksaan akhir secara dalam talian.
'Cuba kau masuk kampung pedalaman' - Abang Veveonah cabar dua Timbalan Menteri
Mekvin Mosibin mahu Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Datuk Abdul Rahim Bakri turun sendiri ke perkampungan untuk melihat realiti sebenar kehidupan penduduk di sana.
PRN Sabah: Anak muda Sabah seperti Veveonah adalah 'kingmaker'
Pengundi antara 21 hingga 40 tahun paling agresif, sukar dijangkakan, mudah bertukar pendirian, beremosi serta berani mengambil risiko.
Isu Veveonah, saya dapat maklumat daripada pegawai di lapangan - Abdul Rahim
Ahli Parlimen Kudat, Datuk Rahim Bakri mendedahkan isu Veveonah Mosibin yang kontroversi sebelum ini adalah berdasarkan laporan pegawai lapangan di daerah berkenaan.
Kerajaan tidak akan dedah status penyumbang Tabung Harapan
Identiti penyumbang dilindungi oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, dan Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (BAFIA) 1989.
Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan Tambahan (2019) 2020
Rang undang-undang itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga dan mendapat sokongan suara terbanyak Ahli Parlimen.
Kementerian Kewangan teliti cadangan rakyat berhubung Belanjawan 2021
Kerajaan akan cuba melakukan yang terbaik untuk negara dengan merangka instrumen terbaik dan pada masa sama memerhati kejayaan dan kegagalan negara lain sebagai panduan.
Decision to implement CMCO based on win-win situation - Abdul Rahim
Decision to implement CMCO based on win-win situation - Abdul Rahim
Dakwaan Sabah berjuang sendiri perangi COVID-19 tidak berasas - Abdul Rahim
Abdul Rahim yang juga Ahli Parlimen Kudat turut menyifatkan dakwaan itu sebagai serkap jarang dan mengelirukan rakyat.