Kerajaan berusaha dapatkan 10,000 kuota tambahan haji

Astro Awani
Jun 22, 2019 00:25 MYT
Setakat ini kuota bagi jemaah haji Malaysia kekal seramai 30,200 orang. - Gambar ihsan penonton Astro AWAN/Mohd Helmi Hisyamuddin
Kerajaan sedang berusaha untuk mendapatkan tambahan kuota haji sebanyak 10,000 tahun ini daripada Arab Saudi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata urusan berhubung perkara itu telah dilaksanakan.
Bagaimanapun tegasnya kuota tambahan itu tertakluk kepada budi bicara Arab Saudi.
“Saya dimaklumkan bahawa satu surat daripada Perdana Menteri telah diajukan kepada Raja Arab Saudi untuk diambil pertimbangan sebanyak 10,000 tambahan.
“Kita dah ada usaha… (dah) berhubung dengan menteri haji mereka, dan mereka akan melihat urusan itu. Jika dah dapat, mereka akan cuba memudahkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Setakat ini kuota bagi jemaah haji Malaysia kekal seramai 30,200 orang.
#Arab Saudi #jemaah haji #jemaah haji Malaysia #kuota haji #Menteri di Jabatan Perdana Menteri #Mujahid Yusof Rawa