Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan kerajaan yang angkuh, sebaliknya sentiasa bersedia memperbaiki sebarang kelemahan.
Menurutnya kerajaan bersedia menerima teguran daripada rakyat, namun memerlukan tempoh masa tertentu untuk menyelesaikan sesuatu perkara yang dibangkitkan.
"Kita tahu apa kelemahan kita. Kita sanggup membetulkan kelemahan kita. Kita bukanlah kerajaan yang angkuh. Kita bukanlah kerajaan yang sombong dan bukanlah kerajaan yang kata kita ini segala-galanya baik, tetapi kita sanggup membetulkan apa yang masih lagi perlu diperbetulkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bangunan Yayasan Pewaris Batu di sini, malam tadi.
Presiden UMNO dan Pengerusi BN itu sekali lagi menegaskan demonstrasi jalanan bukan kaedah terbaik menangani sebarang permasalahan kerana kerajaan mempunyai kaedah tersendiri untuk menyelesaikannya.
"Saya dah kata bagi tempoh. Kalau dulu pun ada isu krisis kewangan Asia lagi teruk. Berapa (banyak) syarikat tertiarap masa itu, tersungkur, nilai ringgit merudum sampai RM4.88 waktu itu, ekonomi menguncup -7 peratus, rizab kita RM20 bilion, tetapi kita tidak menggulingkan kerajaan," katanya.
Sebaliknya pada masa itu, beliau berkata semua pihak memberikan sokongan kepada kepimpinan negara, termasuk beliau sendiri.
"Saya sendiri lantang menyokong pimpinan pada masa itu kerana kita mahu apa jua masalah berlaku, diselesaikan oleh pucuk pimpinan dan inilah cara kita di Malaysia," katanya.
Beliau yakin sekiranya sokongan padu diberikan kepada pucuk pimpinan parti, sebarang masalah akan dapat diselesaikan dengan mudah.
Sementara itu, beliau berharap bangunan Yayasan Pewaris Batu yang turut menempatkan pejabat UMNO Bahagian Batu akan menaikkan lagi semangat anggota UMNO bahagian itu untuk terus berjuang.
Bangunan itu akan dijadikan pusat khidmat masyarakat UMNO Bahagian Batu bagi menggerakkan aktiviti kebajikan, ekonomi dan pendidikan.
Hadir sama pada majlis itu Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan anggota majlis tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Bernama
Mon Sep 07 2015
NAJIB: Kita tahu apa kelemahan kita. Kita sanggup membetulkan kelemahan kita. Kita bukanlah kerajaan yang angkuh. - Foto Bernama
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Fenomena La Niña berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang dan jika berlaku, ia dijangka lemah dan bersifat jangka pendek, menurut Pertubuhan Meteorologi Dunia.
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion
Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.