Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji akan menunaikan lebih banyak harapan generasi muda jika mendapat mandat untuk membentuk kerajaan pada pilihan raya umum Ke-13 (PRU13).
Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja tidak pernah meminggirkan golongan muda tetapi telah menjalankan pelbagai program untuk golongan itu di negara ini.
Antaranya, kata beliau ialah program untuk menggalak kesukarelawan 1M4U, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan bujang yang berpendapatan RM2,000 ke bawah dan Skim Latihan 1Malaysia untuk meningkatkan kompetensi belia.
"Kita akan berusaha gigih hari ini supaya melalui usaha yang tersusun dan dengan pelaksanaan yang berkesan, kita akan melakar masa depan yang penuh dan sarat dengan harapan," katanya ketika melancarkan program 'Suara Generasiku' di Dewan Sri Putra, Stadium Bukit Jalil di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis anjuran Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia itu ialah isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Perdana Menteri berkata berbeza dengan kepimpinan terdahulu, kerajaan pimpinannya telah beralih daripada pendekatan ortodoks, kerana beliau sedar bahawa generasi muda kini membesar dalam persekitaran yang berbeza dengan generasi sebelumnya.
"Pada saya, ia lebih baik dan lebih bermakna kalau kita dapat membawakan saluran-saluran yang baru supaya melalui kaedah ini kita boleh mencetus kehendak generasi baru, cetusan akar umbi generasi muda kerana generai muda mampu menentukan apakah kehendak mereka yang patut diberi pertimbangan oleh kerajaan," katanya.
Justeru, Najib berkata tiada sebab untuk orang muda melakukan demonstrasi di jalanan atau menuntut supaya perubahan dilakukan dengan menjatuhkan kerajaan sedia ada.
"Tak ada sebab mereka rasa bahawa mereka tidak terbela kerana kerajaan hari ini kita telah membuka proses amalan demokrasi yang lebih terbuka dan liberal.
"Percayalah, kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan untuk orang-orang muda," kata beliau.
Suara Generasiku merupakan platform baharu untuk generasi muda Malaysia, tidak kira bangsa, agama atau kepercayaan untuk menyuarakan pendapat, idea dan harapan mereka untuk kebaikan dan pembangunan komuniti negara.
Idea dan cadangan terbaik daripada golongan itu akan ditampilkan kepada pemimpin-pemimpin negara atau badan-badan berkaitan untuk dijadikan asas perancangan pembangunan seterusnya.
Mereka boleh menyuarakan pandangan masing-masing secara langsung sama ada melalui sesi bersama wakil-wakil Suara Generasiku, atau memuatnaik sendiri video mereka ke saluran sosial media Suara Generasiku.
Bernama
Fri Apr 12 2013
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.