Kerajaan mengisytiharkan 24 April ini sebagai hari kelepasan am tambahan sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-15, Sultan Muhammad V.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, dalam kenyataan khas memaklumkan bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri terbabit diminta mengambil tindakan mengikut peruntukan masing-masing.
Katanya, istiadat pertabalan akan diadakan pada pagi Isnin, 24 April bertempat di Balairung Seri, Istana Negara.
Manakala, pada sebelah malam diadakan Majlis Santapan Diraja di Dewan Santapan, Istana Negara.
Selain itu dua acara lain akan turut diadakan pada 20 April ini iaitu majlis bacaan yasin, doa selamat dan solat hajat bertempat di Masjid Putra, Putrajaya disusuli Pameran Raja Kita pada hari Selasa, 2 Mei di Muzium Diraja di Istana Negara lama.
Astro Awani
Mon Apr 03 2017
Istiadat pertabalan akan diadakan pada pagi Isnin, 24 April bertempat di Balairung Seri, Istana Negara. - Gambar fail
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Kerajaan isytihar 24 April hari kelepasan umum sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong
Bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri terbabit diminta mengambil tindakan mengikut peruntukan masing-masing.