Kerajaan akan mengkaji penggunaan teknologi terowong dalam industri pembinaan kerana ia didapati menjimatkan kos, efisien dan mesra alam.
Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata teknologi itu dianggap sebagai penyelesaian terbaik bagi menangani masalah peningkatan kos untuk penyelenggaraan cerun.
"Sejak lima tahun lepas, kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM470 juta di seluruh negara untuk mengatasi isu ini dan kami percaya terowong ialah penyelesaian terbaik.
"Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan kepada saya bahawa kos penyelenggaraan cerun di jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands terus meningkat setiap tahun," kata beliau ketika berucap merasmikan Seminar mengenai Terowong dan Struktur Bawah Tanah, di sini, hari ini.
Beliau berkata pembangunan ruang bawah tanah melalui teknologi terowong mewujudkan lebih banyak hartanah untuk menjana kekayaan negara memandangkan bandaraya seperti Kuala Lumpur mula sesak kerana ruang yang terbatas.
Fadillah berkata JKR sebagai perunding kepada kerajaan harus memberi keutamaan dan menjalankan usaha bersepadu untuk mengukuhkan jabatan geoteknikal dengan pengambilan kakitangan yang mahir dan mengembangkan kecekapan teras yang diperlukan bagi teknologi ini.
Beliau juga berkata sektor kejuruteraan tempatan dan kontraktor perlu melengkapkan diri dengan teknologi yang diperlukan untuk membangunkan projek pembangunan ruang bawah tanah pada masa depan.
"Saya membuat gesaan ini kepada institusi pengajian tinggi terutama universiti, supaya memasukkan bidang teknologi terowong dalam sukatan pelajaran dan menggalakkan pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang ini," kata beliau.
Seminar tiga hari anjuran bersama Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (ProJKRM) dan Jabatan Kerja Raya mulai hari ini hingga Khamis untuk mengkaji dan membincangkan penggunaan ruang bawah tanah pada masa kini dan masa depan di negara ini.
Bernama
Wed Sep 03 2014
FADILLAH: Teknologi terowong dianggap penyelesaian terbaik bagi menangani masalah peningkatan kos untuk penyelenggaraan cerun.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Kerajaan kaji guna teknologi terowong - Fadillah
Kerajaan akan mengkaji penggunaan teknologi terowong dalam industri pembinaan kerana ia didapati menjimatkan kos, efisien dan mesra alam.