KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji langkah untuk memperluas aspek perlindungan dalam pelaksanaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) kepada suri rumah 'lelaki,' kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.
Beliau berkata bagaimanapun, kerajaan perlu mengenal pasti jumlah sebenar lelaki di negara ini yang menjadi suri rumah.
"Perkara ini telah pun dibangkitkan dalam Jemaah Menteri. Kalau ikutkan budaya di Malaysia, majoriti lelaki adalah golongan bekerja," katanya pada sidang media di Wisma Pembangunan Sumber Manusia Berhad di sini hari ini.
Saravanan berkata sekiranya keperluan selepas kajian mendesak maka SKSSR seperti dalam Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 akan diperluas kepada kaum bapa.
Katanya buat masa ini, SKSSR akan memberi keutamaan kepada golongan wanita yang bergelar suri rumah terlebih dahulu apabila ia berkuat kuasa pada 1 Disember 2022.
Rang undang-undang itu diluluskan di Dewan Negara pada 9 Ogos lepas bagi melaksanakan SKSSR membabitkan sejumlah 150,000 wanita yang berdaftar di bawah i-Suri dengan kerajaan membuat caruman untuk mereka.
Mengulas lanjut, Saravanan berkata SKSSR adalah secara sukarela dan para suami tidak wajib mencarum untuk isteri masing-masing serta tiada tindakan akan diambil terhadap suami yang gagal berbuat demikian.
Bagaimanapun, beliau berkata suami boleh didenda tidak melebihi RM10,000 jika mereka sudah mula membayar caruman tetapi gagal meneruskannya.
Katanya suami terbabit boleh berbincang atau membuat permohonan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) jika berdepan masalah dalam pembayaran caruman agar tidak dikenakan denda.
Menyentuh mengenai pindaan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) yang meningkatkan gaji siling daripada RM4,000 kepada RM5,000 sebulan untuk mencarum di bawah skim itu, Saravanan berkata ia akan berkuat kuasa pada 1 September depan.
Beliau berkata pindaan dalam Rang Undang-Undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan meningkatkan faedah yang diterima oleh pekerja selain menambah baik liputan keselamatan sosial.
"Caruman Perkeso tidak berubah sejak 1971. Maka dengan kenaikan caruman ini, pekerja juga dapat faedah yang lebih tinggi," katanya.
Saravanan juga berkata jumlah maksimum caruman oleh pekerja ialah RM7 dan minimum RM0.70.
Rang Undang-Undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2022 diluluskan oleh Dewan Negara pada 9 Ogos lepas melibatkan tiga pindaan terhadap peruntukan sedia ada termasuk Jadual Kedua Perenggan 2 (kadar caruman jenis pertama dan kedua) serta Jadual Ketiga Perenggan 8 (kadar faedah merangkumi Elaun Mencari Pekerjaan, kadar Elaun Bekerja Semula Awal, kadar Elaun Pendapatan Berkurangan, Elaun Latihan dan Fi Latihan).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 17 2022
Kerajaan perlu mengenal pasti jumlah sebenar lelaki di negara ini yang menjadi suri rumah, namun buat masa ini, SKSSR akan memberi keutamaan kepada golongan wanita terlebih dahulu apabila ia berkuat kuasa. - Gambar hiasan/Unsplash
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Suri rumah, anak angkat maut selepas kenderaan terjunam gaung
Seorang suri rumah dan anak angkatnya berusia tujuh bulan maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam lima meter di Bera.