JEDDAH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang mengkaji semula semua monopoli yang wujud di dalam negara pada masa ini sebagai langkah untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan adil kepada rakyat pada kos yang berpatutan.
Anwar berkata semua kementerian telah diarahkan untuk mengkaji kewajaran pelaksanaannya supaya terdapat suatu penilaian adil terhadap isu berkenaan.
"Prinsip pembangunan ekonomi yang telus memerlukan kami untuk membuat beberapa pelarasan dan peralihan daripada yang apa saya fikirkan sebagai kehuru-haraan, lapuk dan untuk menangani kepentingan tertentu dalam konteks monopoli," kata Perdana Menteri dalam sidang media di akhir lawatan rasmi tiga hari beliau ke Arab Saudi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan menguraikan lebih banyak monopoli berikutan keputusan kerajaan tidak melanjutkan konsesi perkhidmatan pemeriksaan kenderaan oleh Puspakom Sdn Bhd (Puspakom).
Anwar berkata kerajaan akan terus membantu syarikat-syarikat Bumiputera, bagaimanapun ia mesti dilakukan secara telus untuk membenarkan persaingan yang adil antara syarikat-syarikat.
"Jika kita mengambil berat untuk mempertahankan kepentingan Bumiputera maka laksanakannya dengan jelas, dengan telus dan biarkan Bumiputera yang berkenaan bersaing.
Kerajaan ini tidak semestinya akan memungkiri komitmen kami untuk membantu syarikat-syarikat Bumiputera tetapi ia harus dilaksanakan dengan telus dan membenarkan persaingan adil dalam kalangan syarikat-syarikat Bumiputera," katanya.
Terdahulu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Kabinet membuat keputusan membenarkan semua pihak yang layak untuk memberikan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan selepas konsesi Puspakom berakhir pada 31 Ogos, 2024.
Loke berkata keputusan itu dibuat pada 17 Mac untuk mempromosikan sebuah industri perkhidmatan yang berdaya saing.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 24 2023
Anwar berkata semua kementerian telah diarahkan untuk mengkaji kewajaran pelaksanaannya supaya terdapat suatu penilaian adil terhadap isu berkenaan. - Gambar Bernama
Kekejaman zionis: ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebulat suara mengarahkan Israel untuk mengambil semua tindakan yang perlu dan berkesan untuk memastikan bekalan makanan asas tiba tanpa berlengah-lengah kepada penduduk Palestin di Gaza.
Pakaian dalam wanita Palestin jadi bahan gurauan tentera Israel
Ini sekali gus mencipta rekod visual yang sumbang tentang perang di Gaza ketika kebuluran yang semakin meruncing.
PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Kabinet baharu itu menjadikan gencatan senjata serta-merta dan pengunduran Israel dari Gaza sebagai keutamaan.
Tokoh Wartawan Negara, Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia
Ahmad Rejal, 84, merupakan bekas Ketua Pengarang Bernama dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian.
97 peratus api berjaya dipadam di tapak pelupusan sampah Kayu Madang
Secara keseluruhan 97.25 peratus daripada 45.7 hektar kawasan yang terbakar meliputi tempat pembuangan tayar terpakai sudah dipadamkan.
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
Nuzul al-Quran: PM Anwar ajak umat Islam tekuni kupasan, tafsir al-Quran
Beliau berkata umat Islam dituntut memperbanyakkan tilawah al-Quran pada tiap Ramadan bagi meningkatkan darjat dan pahala.
NCER disasar catat RM367.8 bilion pelaburan direalisasi menjelang 2030 - Anwar
Kerajaan menyasarkan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) mencatatkan RM367.8 bilion pelaburan direalisasi menjelang 2030.
Pembaharuan fiskal diperlukan agar ekonomi Malaysia bertunjang di landasan kukuh - Anwar
Kerajaan perlu melaksanakan pembaharuan fiskal agar ekonomi Malaysia bertunjang di landasan yang mampan dan utuh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar ucap takziah kepada keluarga 'Aunty Bersih'
Katanya, mendiang akan dikenang sebagai aktivis gigih dan menjadi teladan kepada generasi penerus untuk terus mendesak membawa perubahan.
Perdana Menteri dijangka hadir Majlis Iftar MADANI anjuran JAKIM esok
Majlis bermula pukul 5.30 petang, akan turut menyediakan 10,000 pek juadah berbuka dan bubur lambuk Kampung Baru.
Ruang berfikir, berkarya di negara ini perlu kebebasan lebih luas - PM Anwar
Ia kerana Malaysia merupakan sebuah negara merdeka dan bukannya dijajah sehingga ada sekatan atau rasa terkongkong untuk mana-mana pihak menghasilkan karya mereka.
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman turut jana potensi jualan eksport produk Malaysia - PM Anwar
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman baru-baru ini, selain mendatangkan keberhasilan yang positif dengan potensi pelaburan, ia juga telah menjana potensi jualan eksport produk Malaysia.
Keselamatan siber: Malaysia perlu 25,000 profesional menjelang 2025 - PM Anwar
Malaysia kini kekurangan 12,000 profesional sekuriti siber, dan negara memerlukan lebih 25,000 pekerja bidang tersebut menjelang 2025.
Parlimen: Kerajaan beri tumpuan latihan STEM, tingkat pelaburan negara - PM Anwar
Anwar berkata kelemahan negara ketika ini adalah latihan dalam pendidikan matematik, sains, kejuruteraan, AI dan TVET di peringkat tertinggi.