Kerajaan kekal komited untuk membawa negara kembali kepada keadaan normal tatkala wabak COVID-19 masih membelenggu warga dunia.
Dalam ucapan sembah tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kerajaan yang dipimpinnya akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan program dan projek yang akan membawa kebaikan kepada rakyat dan negara.
"Patik bersama Anggota Pentadbiran negara komited untuk membawa negara kembali kepada keadaan normal, di mana rakyat bebas bergerak, perindustrian dan perniagaan berjalan dengan lancar, hasil pertanian dan komoditi dapat dituai dan dijual, anak-anak kembali ke sekolah atau universiti untuk belajar, aktiviti sukan dan riadah dapat dilaksanakan dan sebagainya.
"Dalam hal ini, Kerajaan Kebawah Duli Tuanku akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan program dan projek yang akan membawa kebaikan kepada rakyat dan negara.
"Program bagi meningkatkan lagi peluang-peluang pekerjaan, keboleh pasaran graduan dan mengutamakan rakyat tempatan akan terus dipertingkatkan.
"Keselamatan negara daripada ancaman sama ada dari dalam mahupun daripada luar juga akan terus diperkukuh. Ia selaras dengan titah Kebawah Duli Tuanku betapa penting kedaulatan pertiwi terus dijaga," katanya di hadapan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati, Putrajaya hari ini.
Tambah Muhyiddin, Kerajaan juga akan meneruskan agenda memperkasakan integriti dan tadbir urus di semua peringkat pentadbiran termasuk dalam kalangan rakyat.
Selain itu, ujar beliau tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, ‘Malaysia Prihatin’ merupakan lambang keprihatinan Kerajaan dan semangat kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi pelbagai dugaan ketika ini.
"Semangat “Malaysia Prihatin” perlu disemarakkan untuk rakyat negara ini mengukuhkan perpaduan untuk bersama-sama mengeluarkan negara daripada ancaman pandemik COVID-19," katanya.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Aug 17 2020
Muhyiddin mempersembahkan ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2020 di Istana Melawati hari ini. --fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Istana Pahang tidak beri kenyataan isu Titah Adendum
Istana Pahang tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu Titah Addendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang dikemukakan oleh Datuk Seri Mohammad Najib Tun Abdul Razak di Mahkamah Tinggi.
Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah terima Ijazah Kehormat MMU
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah hari ini berkenan menerima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Multimedia (MMU) ke-25 di sini hari ini.
Al-Sultan Abdullah titah wujudkan pasukan khas SAR di Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah bertitah sebuah pasukan khas bagi operasi SAR perlu ditubuhkan di negeri ini terutamanya membabitkan kejadian lemas atau orang hilang.
Sultan Pahang titah undang-undang syariah negeri disemak
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah undang-undang syariah di negeri ini perlu disemak dan ditambah baik secara berkala serta dilaksanakan dengan konsisten.
Sultan Pahang titah peraturan berkaitan bangunan lama dikaji semula
Sultan Pahang menitahkan agar agensi terlibat melihat semula peraturan dan dasar berkaitan bangunan lama bagi mengelakkan tragedi kebakaran yang berisiko meragut nyawa.
Sultan Pahang titah kaji cerun lebih terperinci, elak tanah runtuh berulang
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar kajian khusus berhubung cerun dilakukan oleh pihak berkaitan agar kejadian tanah runtuh di negeri ini tidak berulang.
Al-Sultan Abdullah harap institusi pendidikan Islam di Pahang dapat diperkasa ke arus perdana
Sultan Pahang berharap maahad tahfiz, madrasah dan pondok di negeri itu dapat diperkasa dengan melaksanakan pendekatan pendidikan yang akan membawa institusi pendidikan terbabit ke arus perdana.
Sultan Pahang titah tanggungjawab jaga syiar Islam tugas bersama
Tanggungjawab berkenaan tidak boleh dipisahkan atau dipecah-belahkan atas dasar fahaman politik atau perbezaan ideologi.
Sultan Pahang titah jaga kesucian masjid, tiada solat dua imam
Pada masa sama Al-Sultan Abdullah memberi amaran terhadap semua masjid di negeri itu supaya tidak melaksanakan solat dua imam.
Sultan Pahang mahu pembaikan cerun penempatan Orang Asli Kg Sungai Ruil dipercepat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa supaya projek pembaikan cerun di penempatan Orang Asli Kampung Sungai Ruil, Tanah Rata dipercepatkan.