Bank Negara Malaysia (BNM) perlu mengambil tindakan terhadap syarikat yang memeterai perjanjian bersama kerajaan negeri Kelantan melibatkan satu juta ekar tanah hutan simpan.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Husam Musa yang menegaskan perkara tersebut mempersoalkan kelayakan sebuah firma menguruskan tanah berkenaan walaupun tidak mendapat kelulusan BNM untuk beroperasi.
"Saya menyeru Bank Negara, janganlah sekadar mengeluarkan amaran tetapi tindakan proaktif terhadap semua skim seperti ini bagi mengelakkan orang awam tertipu. Mereka sudah melabur, kebanyakannya orang Melayu sejak zaman Pak Man Telo lagi.
“Hangus wang berpuluh bilion kerana tidak dipandu pelaburan betul dan mereka cari jalan mudah untuk dapat kekayaan dan pelbagai pihak mengambil kesempatan. Kerajaan negeri pun kadangkala terpedaya," katanya pada sidang media di Wisma AMANAH, di sini, hari ini.
Firma itu memeterai perjanjian dengan kerajaan negeri Kelantan pada 9 Jan 2017 menerusi perjanjian yang meliputi tempoh 30 tahun.
Beliau sekali gus mempersoal urus tadbir kerajaan negeri Kelantan dalam mengendalikan projek tersebut tanpa melalui proses usaha wajar (due diligence).
"Jadi selain daripada ketiadaan sokongan kedudukan kewangan yang teguh, tiada senarai pakar-pakar, tidak diketahui latar belakang syarikat serta kejayaan dan pengalaman mereka, mereka masih memberikan maklumat-maklumat yang tidak dapat disahkan ataupun tidak benar termasuk pejabat operasi mereka.
"Ini menunjukkan bahawa kerajaan Kelantan telah cuai kerana tidak melakukan usaha wajar," katanya.
Husam berkata syarikat tersebut adalah salah satu daripada empat syarikat yang dinamakan oleh Bank Negara menerusi satu senarai pemerhatian atau amaran kepada pengguna pada 23 Jun.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pada 26 Jun lalu tidak mengambil berat amaran Bank Negara itu dan turut mengumumkan projek perniagaan karbon bertaraf dunia diluluskan kepada firma tersebut.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Jul 04 2017
Husam Musa yang menegaskan perkara tersebut mempersoalkan kelayakan sebuah firma menguruskan tanah berkenaan walaupun tidak mendapat kelulusan BNM untuk beroperasi. -Astro AWANI/Shahir Omar
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pembunuhan Ismail Haniyeh: Dunia kehilangan pemimpin disegani - Ismail Sabri
Dunia berduka apabila kehilangan pemimpin pejuang Hamas, Ismail Haniyeh pada awal pagi Rabu.
Menteri Besar Kelantan angkat sumpah petang Selasa
Calon Menteri Besar Kelantan akan mengangkat sumpah di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada jam 3 petang Selasa.
PRN: Pas gagal rampas DUN Galas, Kota Lama satu kejutan - Ahmad
Pas akan melakukan pascanilai atau post mortem bagi kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN).
Menteri Besar Kelantan baharu dijangka angkat sumpah 15 Ogos - Ahmad Yakob
Menteri Besar Kelantan yang baharu dijangka mengangkat sumpah pada Selasa (15 Ogos), kata Datuk Ahmad Yakob.
PRN: Masalah kesihatan punca Ahmad Yakob tolak jadi MB Kelantan
Ahmad berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada tahun ini.
Kelantan umum Ahad cuti peristiwa
Pengisytiharan itu untuk memberi kemudahan kepada rakyat negeri Kelantan, serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya.
Pas tawar kombinasi agamawan, teknokrat sebagai MB, Timbalan MB Kelantan
Gabungan kepimpinan itu merangkumi seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan.
PRN: Tiada bayangan siapa akan jadi Menteri Besar Kelantan - Ahmad Yakob
PAS Kelantan setakat ini menegaskan tiada bayangan calon yang akan menjadi Menteri Besar negeri itu, sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan selesai.
Isu Nik Abduh selesai - Ahmad Yakob
Ahmad memberitahu, isu berkenaan sudah selesai dan beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
PN Kelantan perkenal 18 manifesto
Ahmad berkata, manifesto berkenaan akan dikenali sebagai program kerana dianggap sesuai dengan perubahan masa.