KUALA LUMPUR:Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Yahyawiyyah susulan kes COVID-19 dikesan di sekolah tersebut.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan itu akan berkuatkuasa bermula 8 November sehingga 21 November 2020.

“Atas nasihat dan penilaian risiko daripada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada hari ini bersetuju melaksanakan PKPD di SABK Maahad Al Yahyawiyyah, Kuala Kangsar.

“Ia berkuatkuasa 8 November sehingga 21 November 2020. Pelaksanaan PKPD ini akan memudahkan KKM melaksanakan saringan bersasar melibatkan semua 123 pelajar dan 11 orang staf.

“Ia juga bagi menyekat penularan di komuniti setempat,” katanya dalam sidang media harian pada Sabtu.

BACA: PKPB di semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Kelantan, Pahang