MASJID TANAH: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menegaskan kerajaan negeri di bawah pimpinannya kini masih berjalan seperti biasa.

Mengakui kecewa dengan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berpaling tadah dengan kepimpinannya, seharusnya setiap rasa tidak puas hati perlu dibawa berunding.

“Buat masa ini (kerajaan negeri) masih berjalan seperti biasa. Sebagai ahli parti sudah pasti saya kecewa kerana rasanya benda ini boleh runding.

“Itu orang yang mendapat nikmat dalam parti selama ini, kalau ada apa-apa, saya terbuka, malah pembangkang juga saya sudah hulur kan tangan, saya panggil  sebagai sahabat-sahabat strategik. Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) lalu saya cakap,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sulaiman kecewa tindakan 4 ADUN selepas bangunkan Kerajaan Negeri Melaka


Hari ini, empat ADUN iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas - Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas) menamatkan teka-teki krisis politik Melaka selepas mendakwa hilang kepercayaan dengan kepimpinan Sulaiman.

4 ADUN Melaka tarik sokongan kepada Ketua Menteri


Kesemua mereka juga telah menghantar surat menarik sokongan berkenaan kepada pejabat Ketua Menteri, hari ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari dilaporkan berkata, pihaknya akan segera mengadakan pertemuan dengan Tun Mohd Ali bagi mempersembahkan bahawa kerajaan negeri dibawah pimpinan Sulaiman sudah hilang majoriti.