MELAKA: Pelantikan Ketua Menteri Melaka yang baharu terletak di bawah bidang kuasa Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari berkata, keutamaan Pakatan Harapan (PH) ketika ini adalah untuk jaminan kestabilan politik kerajaan Negeri Melaka bagi memastikan pemulihan pandemik COVID-19 dan ekonomi dapat diteruskan.
"Saya rasa dalam sidang media yang disampaikan Datuk Seri Idris Haron (pada Isnin) telah menyebut beberapa perkara, dan bagi PH, kestabilan politik harus diberikan keutamaan jadi kita akan mengambil tanggungjawab memastikan politik Melaka stabil untuk berdepan pandemik COVID-19 dan ekonomi di negeri ini.
"PH memainkan peranan bagi memastikan pentadbiran dapat diteruskan. Dalam Perlembagaan Negeri Melaka, kuasa melantik Ketua Menteri adalah dibawah bidang kuasa TYT, kita akan bertemu dulu dengan Tun (Mohd Ali) bagi mencari penyelesaian dan untuk berbincang," katanya.
BACA: Kerajaan Melaka tumbang: 'Tidak boleh ada dua singa di atas satu gunung' - Idris Haron
Terdahulu, empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka mengumumkan menarik sokongan terhadap Kerajaan Negeri Melaka dan kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Suleiman Md Ali.
BACA: Kerajaan Melaka tumbang: PH Melaka akan menghadap TYT, belum bincang calon Ketua Menteri
Empat ADUN tersebut iaitu Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu), Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor).
Fareez Azman
Mon Oct 04 2021
Bagi Pakatan Harapan, kestabilan politik harus diberikan keutamaan jadi kita akan mengambil tanggungjawab memastikan politik Melaka stabil untuk berdepan pandemik COVID-19 dan ekonomi di negeri ini. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.