Kerajaan negeri diingatkan agar merujuk kepada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan mengenai SOP PKP.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia termasuk pengisytiharan PKPD di satu-satu kawasan dalam negeri, kerana kerajaan negeri tidak mempunyai akta khusus untuk berbuat demikian dan keputusan negeri boleh dicabar di mahkamah.
Teguran itu susulan ada negeri yang mengambil keputusan sendiri dengan membatalkan beberapa aktiviti perniagaan dan sosial walaupun kawasan terbabit tidak diisytiharkan sebagai kawasan PKPD.
"Ada yang tidak benarkan operasi kedai gunting rambut misalnya, ada yang arahkan taman permainan ditutup, ada negeri cadang untuk tutup beberapa kampung tertentu di bawah PKPD.
"Saya mohon negeri berkaitan supaya rujuk kepada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP untuk tahu dari segi kita benar atau tidak. Seperti yang dilakukan Kerajaan Sarawak, mereka memohon pelaksanaan rentas zon," katanya dalam sidang media mengenai PKPP di bangunan Parlimen pada Selasa.
Jelasnya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Peguam di peringkat negeri juga diminta untuk menasihatkan kerajaan negeri mengenai SOP PKP.
"Jika kerajaan negeri memperkenalkan sesuatu undang-undang, dan tidak diluluskan MKN dan KKM, maka ia tidak boleh dikuatkuasakan. Polis sebagai contoh hanya mematuhi arahan Kerajaan Persekutuan. Polis hanya merujuk kepada punca kuasa di bawah Akta 342 adalah Persekutuan.
"Jadi kalau mereka laksanakan, tindakan mereka boleh dicabar di mahkamah. Jadi kita perlu bekerjasama," ujarnya.
Beliau memahami kerajaan negeri bimbang dengan situasi COVID-19, namun tindakan undang-undang hanya boleh dilaksanakan di negeri tersebut jika diwartakan oleh KKM melalui Akta 342.
Rahimah Abdullah
Tue Aug 18 2020
Kerajaan negeri diingatkan agar merujuk kepada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan mengenai SOP PKP. - Foto Astro AWANI
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Singapura mahu kukuhkan perkongsian, majukan kepentingan negara, kata PM baharu
Wong berkata kerajaannya akan memperkukuhkan perkongsian "dekat dan jauh" sambil memajukan kepentingan negara di tengah-tengah persaingan dan ketegangan yang meningkat di arena antarabangsa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.
Kadar rizab tenaga di Semenanjung diunjur 28-36 peratus bagi tahun 2024-2030
Kadar rizab margin tenaga di Semenanjung bagi tahun 2024 hingga 2030 diunjurkan antara 28 hingga 36 peratus.
LADA sasar ketibaan tiga juta penumpang ke Langkawi tahun ini
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan untuk meningkatkan ketibaan penumpang ke Langkawi kepada tiga juta tahun ini, selepas mencapai kira-kira 2.82 juta ketibaan penumpang pada 2023.
Jumlah pelancong Turki ke Malaysia meningkat 10.8 peratus
Jumlah pelancong Turkiye yang datang ke Malaysia dari Januari hingga November 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus atau 15,623 orang berbanding 14,096 bagi tempoh sama pada 2019.
UMNO junjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah
UMNO menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini.
PM yakin rakyat rasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah
Anwar yakin bahawa seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua sepanjang pemerintahan Seri Paduka.