Kerajaan Pulau Pinang tidak mengeluarkan walau satu sen pun bagi projek sistem parkir pintar, Penang Smart Parking (PSP), kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Jagdeep Singh Deo pada Khamis.
Beliau berkata projek itu, yang membabitkan kos RM115 juta, sebenarnya adalah inisiatif pembiayaan swasta yang mana syarikat terbabit, HeiTech Padu Sdn Bhd (HTP), menanggung sepenuhnya kos pelaksanaan dan pengoperasian sistem letak kenderaan bagi tempoh kontrak tujuh tahun.
"Sepanjang kontrak tujuh tahun itu, hasil yang diperoleh daripada kutipan bayaran letak kenderaan akan dikongsi antara HTP, MBPP (Majlis Bandaraya Pulau Pinang) dan MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Perai) pada nisbah 65:35 bagi lima tahun pertama dan 60:40 bagi dua tahun berikutnya," katanya pada sidang akhbar di sini pada Khamis.
Beliau berkata jangka masa tetap bagi projek PSP telah diberikan untuk HTP menyelesaikan masalah yang dihadapi selepas aplikasi PSP dilancarkan.
"Saya dimaklumkan bahawa isu pertama, iaitu aplikasi ini tidak boleh diperoleh oleh pengguna Android, telahpun diselesaikan dan kini boleh dimuat turun menerusi Google Play Store," kata Jagdeep, dan menambah, terdapat beberapa gangguan kecil teknikal semasa membangunkan aplikasi berkenaan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif HTP Abdul Halim Md Lassim yang turut hadir pada sidang akhbar itu, berkata kelewatan di luar jangka dalam penghantaran sensor ruang letak kereta dari Hong Kong mengakibatkan mereka tidak dapat memasang 997 sensor yang disasarkan bagi PSP semasa fasa percubaan.
"Stok itu masih terkandas di Lapangan Terbang Hong Kong dan kami sedang dalam proses mengusahakan supaya sensor itu dihantar menerusi jalan laut dan konsainmen dijangka tiba di Kuala Lumpur sebelum 29 Ogos manakala di Pulau Pinang sebelum 6 Sept," katanya, sebagai menjelaskan sebab hanya 30 sensor dipasang sepanjang tempoh itu.
HTP merancang untuk memasang 36,000 sensor di bawah PSP sebelum Julai 2020.
Mengenai aduan daripada seorang pengguna yang menerima notis kompaun sungguhpun telah menyelesaikan bayaran letak kenderaan menerusi ciri-ciri "Park N Pay" dalam aplikasi itu, beliau mengakui terdapat gangguan kecil, mengakibatkan sistem itu tidak dapat mengesan pembayaran tetapi perkara itu telah diperbetulkan.
Beliau turut menggesa pengguna aplikasi supaya menghubungi 03-8026 8128 atau [email protected] jika mereka menghadapi sebarang masalah berkaitan aplikasi PSP.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 22 2019
Jagdeep berkata jangka masa tetap bagi projek PSP telah diberikan untuk HTP menyelesaikan masalah yang dihadapi selepas aplikasi PSP dilancarkan.
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Kerajaan P.Pinang tidak keluarkan satu sen pun bagi PSP - Jagdeep
Projek adalah inisiatif pembiayaan swasta yang mana syarikat terbabit, HTP, menanggung sepenuhnya kos pelaksanaan dan pengoperasian sistem letak kenderaan bagi tempoh kontrak tujuh tahun.
HeiTech lancar penyelesaian keselamatan siber, Secure-X
Mengambil peluang atas kepimpinan kerajaan baharu kini, HeiTech menjadikan acara ini sebagai platform terbaik memperkenalkan perkhidmatan keselamatan siber terurusnya dalam industri keselamatan siber.