Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Husam Musa Musa berpandangan kerajaan Pas Kelantan lembab dalam usaha menuntut royalti petroleum dari kawasan Malaysia-Thailand Joint Development Area (MTJDA).
Bekas Exco Kanan Kerajaan Pas Kelantan suatu ketika itu berkata, sepatutnya kerajaan negeri sudah pun menubuhkan perbadanan petroleum sendiri kerana di bawah Perlembagaan Persekutuan lesen aktiviti petroleum adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Beliau berkata, perkara tersebut pernah dibangkitkannya di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebelum ini.
"Tetapi kerajaan Kelantan lembab dalam perkara ini, sehingga tak pernah mempraktikkan perkara ini, walaupun tuntutan melalui mahkamah tidak berjaya dan kalau PH berjaya rampas Kelantan dari Pas kita akan tubuhkan Perbadanan Petroleum," katanya selepas menghadiri ceramah Jelajah PH di Bachok malam tadi yang dihadiri Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pimpinan PH yang lain.
Katanya beliau semasa menjadi exco kerajaan negeri pernah mengadakan pertemuan dengan bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Taib Mahmud bagi membincangkan perkara tersebut dan hasilnya Sarawak memperolehi hak ke atas pengeluaran petroleum yang diturunkan kuasa oleh kerajaan Persekutuan baru baru ini.
Husam yang juga ADUN Salor berkata, kerajaan Kelantan tidak mempunyai individu dalam pentadbirannya yang pakar dalan usaha menuntut royalti, menubuhkan jawatankuasa dan sebagainya pada masa ini.
"Kerajaan Kelantan tidak mempunyai tokoh dan orang yang pakar dalam hal ini dan semasa saya membangkitkan isu ini rakan-rakannya dalam exco turut menyindirnya dengan mempersoalkan sama ada Kelantan layak atau tidak mendapat royalti minyak," tambahnya.
Husam merupakan exco dan pimpinan Pas Kelantan yang mula mula membangkitkan isu tuntutan royalti petroleum sebanyak lima peratus dari Petronas pada tahun 2008 berdasarkan terma perjanjian pada tahun 1975.
Kenyataan Husam itu senada dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang turut mendakwa kerajaan Kelantan tidak serius dalam menuntut hasil petroleum.
Vivi Sumanti
Sun Mar 11 2018
Husam berkata, perkara tersebut pernah dibangkitkannya di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebelum ini. - Gambar fail/Astro AWANI
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
SPNB perkenal cat insulasi guna sekam padi pada RMR
SPNB memperkenalkan cat insulasi panas menggunakan sekam padi pada Rumah Mesra Rakyat (RMR) di bawah seliaan agensi itu.
SPNB adakan perbincangan dengan kerajaan negeri bina RMR generasi kedua
SPNB melakukan perbincangan dengan Kerajaan Negeri Perak bagi melaksanakan projek pembinaan Rumah Mesra Rakyat khusus untuk generasi kedua.
Projek sakit, Aspire Residence Cyberjaya siap September 2023 - Husam Musa
Projek kediaman Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) Aspire Residence Cyberjaya di Cyber 10 di sini yang dikategorikan sebagai 'projek sakit' akan siap September ini.
Husam Musa dilantik Pengerusi SPNB baharu
Husam dilantik bagi menggantikan Datuk Mohd Nizar Zakaria.
PRU15: Husam 'dipinang'; Johari Abdul, Sivarasa digugurkan, ini senarai penuh calon PKR
Ketua Amanah Kawasan Kota Bharu, Datuk Husam Musa diumumkan akan bertanding mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Parlimen Pasir Mas pada Pilihan Raya Umum ke-15.
PRU15: Husam sah tidak bertanding di Kelantan
Tindakan tersebut adalah salah satu strategi parti yang telah ditentukan pimpinan di peringkat pusat.
Pas tidak tergugat dengan tuduhan Husam
Pendedahan dilakukan Husam yang juga Ketua Amanah Kota Bharu didakwa lebih terarah kepada tuduhan terhadap pentadbiran kerajaan negeri itu.
Saman RM60 juta: "Cubaan untuk menghalang pendedahan saya" - Husam Musa
"Insya-Allah saya bertanggung jawab di atas dakwaan dan pertanyaan saya berkaitan kes kecurian balak di kompartmen terbabit." - Husam Musa
Syarikat pembalakan, pemilik fail saman RM60 juta terhadap Husam
Mereka menuntut ganti rugi sebanyak RM60 juta di atas dakwaan berbaur fitnah berkaitan isu pembalakan di hutan simpan kekal (HSK) Nenggiri, Gua Musang.
'Ambil tindakan tegas terhadap pencuri balak' - Husam
Terdapat kira-kira 43 longgokan balak yang terletak di sebelah matau Daulah Najah Sdn. Bhd kini telah disita oleh JPSM.