KUALA LUMPUR: Kerajaan telah mengambil langkah awal ke arah memperkasa pembangunan, validasi dan pengkomersialan pembangunan teknologi kenderaan elektrik (EV) tempatan menerusi Program NanoMalaysia Energy Storage Technology Initiative (NESTI).
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba dalam kenyataan semalam berkata aspek itu dapat memacu pertumbuhan ekonomi dan penjanaan pekerjaan selari dengan aspirasi menjadikan Malaysia negara berteknologi tinggi dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.
"Program ini menekankan pembangunan dan pengkomersialan sistem simpanan tenaga bagi kegunaan mobiliti elektrik termasuk bateri, ultra kapasitor, penyimpanan hidrogen dan reaktor, sistem pengurusan tenaga dan kitar semula bateri," katanya, sambil menambah program yang dikemukakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) itu bakal dilancarkan dalam masa terdekat.
Beliau berkata bagi memperkasa teknologi EV, kementerian itu (MOSTI) menggunakan pendekatan 'whole of nation' bagi meningkatkan penerimaan terhadap teknologi itu, seterusnya mencapai hasrat meletakkan negara sebagai pengeksport komponen EV tersohor di rantau ASEAN.
Sehubungan itu, MOSTI memaklumkan program Enabling Mobility Electrification for Green Economy (EMERGE) oleh NanoMalaysia telah menerima Dana Penyelidikan Strategik di bawah Malaysia Grand Challenge.
Antara lain program itu bertujuan menambah baik blok pembangunan teknologi EV melalui Program Pengkomersialan Teknologi Nano dalam usaha meningkatkan sistem simpanan dan pengurusan tenaga, Internet of NanoThings dan pembangunan stesen pengecas serta membangunkan prototaip EV.
Selain itu satu inisiatif sampingan EMERGE iaitu Rapid Electric Vehicles Innovation Validation Ecosystem (REVIVE) juga telah diwujudkan untuk memberi fokus kepada penukaran enjin biasa kepada enjin elektrik.
"MOSTI yakin penerimaan awam terhadap kenderaan EV akan meningkat dalam jangka pendek memandangkan kenderaan EV jimat tenaga dan hanya memerlukan infrastruktur pengisian yang sederhana melibatkan sistem pertukaran bateri.
"Teknologi EV juga mempunyai potensi yang besar untuk perkhidmatan pengangkutan awam dan penghantaran menjelang 2030," katanya.
Aspirasi memperkasa industri kenderaan elektrik negara ini adalah berdasarkan Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (MySTIE 10-10) iaitu inisiatif yang menyokong Dasar Sains, Teknologi Dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030.
Perkara itu turut mengambil kira fokus yang terkandung dalam Dasar Automotif Negara (NAP) 2020, Dasar Pengangkutan Negara (NTP) 2019-2030 dan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 20 2021
Adham berkata, bagi memperkasa teknologi EV, MOSTI menggunakan pendekatan 'whole of nation' bagi meningkatkan penerimaan terhadap teknologi itu. - Gambar fail
Tarif air pengguna domestik Perak naik 5 sen mulai 1 Mei - Saarani
Saarani berkata, beliau yakin kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan boleh diterima oleh rakyat.
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
Wanita Singapura hilang di Sepanyol ditemui mati dengan kesan tikaman: Laporan
Polis tempatan tahan seorang lelaki warga Singapura untuk dirakam keterangan.
Google tidak akan tuntut hak cipta atas kandungan dijana AI
Google tidak akan menuntut hak cipta output yang telah dijana dengan perkhidmatan AI generatif mereka.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Niaga AWANI: Melengkapkan pekerja dengan kemahiran masa hadapan
Sertai perbincangan bersama Faizal Ridzuan, Perunding Sumber Manusia, mengenai risiko yang dihadapi oleh pekerja yang tidak mempunyai kemahiran masa depan yang diperlukan, termasuk aspek kecerdasan buatan (AI), serta impaknya terhadap keputusan pekerjaan dan keperluan pembangunan kemahiran.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Telegram sasar capai 1 bilion pengguna aktif bulanan tahun ini
Buat masa ini, perkhidmatan permesejan berkenaan mempunyai sekitar 900 juta pengguna aktif bulanan.
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 18 April 2024
Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka tinggi naik 0.05 mata kepada 1,535.05, bergerak antara paras 1,532.95 dan 1,541.88 sepanjang sesi dagangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi ringgit setakat 18 April 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit meningkat sedikit hari ini, seiring penurunan kecil Indeks Dolar AS (DXY) sebanyak 0.10 peratus kepada 106.153 mata.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Malaysia iktiraf inisiatif, usaha IAEA selesai isu penggunaan teknologi nuklear
Dr Adham turut memaklumkan bahawa Malaysia bersedia serta komited untuk memberi sokongan dan kerjasama kepada IAEA.
MOSTI pelawa kerjasama antarabangsa bagi jayakan Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara
IIASA mempunyai kepakaran dalam analisis sistem bagi pelbagai bidang disiplin terutama yang berkaitan dengan sains alam sekitar.
Pusat Bateri Kenderaan Elektrik Hidrogen dilancarkan
HEBATT merupakan pencapaian penting bagi Program Inisiatif Teknologi Penyimpanan Tenaga NanoMalaysia yang diterajui NMB.
MOSTI salur geran dan pinjaman berjumlah RM215.15 juta kepada syarikat minyak dan gas sejak 2011
Geran dan pinjaman tersebut untuk memastikan sektor minyak dan gas negara mendapat pembiayaan dan pinjaman yang sepatutnya.
MOSTI teliti keperluan industri R&D pengkomersialan dan inovasi
MOSTI juga akan mengenal pasti langkah untuk memesatkan pembangunan harta intelek dan teknologi, seterusnya mempercepat pengkomersialan.
Malaysia fokus wujud bandar pintar - Dr Adham
Malaysia memberi penekanan terhadap pewujudan bandar pintar berdasarkan trend peningkatan jumlah penduduk di kawasan bandar.
SPRM buka 25 kertas siasatan berhubung isu pengurusan COVID-19
Azam berkata ia merangkumi pelbagai isu kesalahan dan telahpun memanggil mereka yang terlibat untuk membantu siasatan.
100,000 pekerjaan bakal diwujud melalui industri dron - Dr Adham
Kerajaan menyasarkan sebanyak 100,000 peluang pekerjaan diwujudkan melalui industri dron di Malaysia selain menyumbang RM50 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menjelang 2030.
Pusat komuniti pembawa perubahan 'MakersLab' mula dibuka Mei ini
MakersLab adalah pusat untuk komuniti pembawa perubahan berkumpul, berkongsi buah fikiran serta menjalankan eksperimen.
Bajet 2022: MOSTI fokus bidang penyelidikan pembangunan eksperimental
Ia bagi memanfaatkan peruntukan RM423 juta oleh kerajaan menerusi Bajet 2022 kepada MOSTI dan Kementerian Pengajian Tinggi.