Kerajaan perlu melihat had penglibatan penjawat awam dalam politik selari dengan pekeliling sedia ada yang membenarkan hanya kumpulan gred 48 ke bawah untuk menyertainya.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat menegaskan, kerajaan sendiri sudah memasukkan ramai orang politik di dalam pentadbiran seperti pegawai khas, setiausaha sulit dan setiausaha politik yang menggambarkan dua segmen itu tidak dapat dipisahkan.
"Saya rasa pada peringkat permulaan ini kerajaan perlu melihat, kumpulan bawah gred 48 ini tidak ada masalah kerana keterlibatan terhad, ia beri impak baik kepada kerancakan orang yang hendak menawar perkhidmatan kepada rakyat, melalui keterlibatan mereka dalam politik akhirnya mereka boleh menjadi wakil rakyat dan sebagainya," katanya ketika dihubungi, di sini pada Sabtu.
Dalam masa sama, beliau berkata, jika mahu menyekat penglibatan kumpulan ini dalam politik tidak bersesuaian, maka kerajaan perlu memberi ruang kepada mereka ini selagi mereka tidak mensabotaj kerajaan hari ini.
Kepada penjawat awam pula, Adnan ingin menarik perhatian mereka bahawa seandainya hendak bergerak aktif tetapi bertentangan dengan dasar semasa boleh membuat pilihan sama ada mereka ingin terus menjadi penjawat awam atau terus menjadi ahli politik berjaya.
"Dalam mana-mana parti politik sekalipun, itu bukan isu tapi mereka perlu membuat pilihan supaya kerjaya mereka sebagai penjawat awam yang ingin dilibatkan sebagai orang politik dalam parti politik tidak menjejaskan dan memberi kesan kepada perkhidmatan mereka kepada rakyat.
"Rakyat mesti diutamakan dan rakyat mesti diberi satu perkhidmatan bersih dari senario dan suasana yang menggambarkan pegawai tersebut cenderung kepada parti politik," katanya lagi.
BACA: Penjawat awam tidak dibenar memegang sebarang jawatan dalam parti politik
Sebelum ini, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman menjelaskan, penjawat awam di negara ini tidak dibenarkan untuk memegang sebarang jawatan dalam mana-mana parti politik.
Katanya, dasar itu bertepatan dengan hasrat kerajaan supaya penjawat awam tidak terlibat atau terpengaruh dengan sentimen politik kepartian dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.
Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang berkata, pihaknya melihat penjawat awam yang memegang jawatan parti akan menggunakan kedudukan itu untuk kepentingan perkhidmatan mereka.
"Berdasarkan pengalaman lepas, kita dapati bahawa penjawat awam yang memegang jawatan dalam politik walau secara rasmi mereka kata tidak menggunakan kedudukan politik untuk kepentingan dalam perkhidmatan.
"Tetapi kita lihat banyak berlaku keadaan di mana mereka yang memegang jawatan dalam parti politik ini menggunakan kedudukan mereka dalam hal kepentingan perkhimatan.
"Kita lihat bagaimana nanti seseorang yang memegang jawatan dalam parti politik sudah semestinya mereka ada hubungan secara langsung dengan pemimpin sesuatu parti politik tersebut.
"(Dan) akan berlaku nanti pemimpin dalam parti politik itu mereka ada jawatan utama dalam kerajaan dan hubungan ini secara tidak langsung akan mempengaruhi hal-hal urusan kenaikan pangkat dan hal lain berkenaan kepentingan seseorang penjawat awam tersebut," jelas beliau lagi.
Aminuddin juga menegaskan, penguatkuasaan tegas perlu dikenakan apabila pekeliling baharu mengenai isu berkenaan dikeluarkan kelak.
Wan Syamsul Amly
Sat Jan 04 2020
"Peringkat permulaan ini kerajaan perlu melihat, kumpulan bawah gred 48 ini tidak ada masalah kerana keterlibatan yang terhad," kata Adnan Mat. - Gambar BERNAMA
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Harimau Malaya sedia hadapi segala kemungkinan - Vincente
Vicente mengakui skuad negara berdepan cabaran getir dan bersedia menghadapi segala kemungkinan apabila menentang juara bertahan Thailand pada aksi Piala ASEAN 2024 malam esok.
Malaysia terima lima kajian baharu "First-in-Human" -Dzulkefly
Malaysia telah menerima lima kajian baharu First-in-Human (FIH) menerusi Clinical Research Malaysia (CRM) sekali gus mencatatkan rekod tertinggi FIH yang pernah dicapai.
'Tak apalah Bersih bagi D... bukan F' - PM Anwar
Perdana Menteri optimis pentadbirannya akan mencapai 'gred' yang lebih baik pada masa akan datang.
Markah D: Kerajaan terus laksana reformasi, tidak hanya tumpu segmen tertentu - Rafizi
Kerajaan sentiasa terbuka menerima sebarang pandangan dan kritikan terhadap prestasi anggota Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan.
Undang-undang perlesenan platform media sosial buka ruang penyalahgunaan kuasa
Keputusan menguatkuasakan lesen perkhidmatan media sosial dan pesanan internet dilihat akan membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa.
BERSIH yakin Bersatu akan bawa keputusan Speaker Dewan Rakyat ke mahkamah
BERSIH yakin Bersatu akan membawa keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat ke mahkamah bagi melihat tafsiran perundangan ke atas keputusannya.
Isu peruntukan PRK: Kenyataan berpandukan keputusan mahkamah - Ahmad Maslan
Ahmad hairan kenapa Bersih pertikai kenyataan beliau tidak salah bagi menteri atau kementerian anjur program atau umum peruntukan semasa PRK berlangsung.
Himpunan #KamiMahuAir: Bersih seru kerajaan tegakkan keadilan untuk guru, pelajar yang ditahan
Kesembilan individu terbabit ditahan agak jauh daripada tapak perhimpunan ketika sedang beredar.
Kongres Bersih: Kerajaan dituntut segerakan reformasi institusi, hapus Akta Hasutan
Bersih sekali menggesa kerajaan mempercepatkan reformasi institusi termasuk memisahkan peranan Peguam Negara dan pendakya raya serta pelantikan Pengerusi SPR melalui Parlimen.
Bersih pantau perjalanan PRK Kuala Kubu Baharu
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.