Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melalui Felcra Berhad menyasarkan untuk menyiapkan 3,000 Rumah Bina Negara menjelang tahun 2020 dalam usaha membantu golongan belia di luar bandar memiliki rumah sendiri.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sasaran itu ditetapkan selaras dengan peruntukkan RM100 juta kepada Felcra Berhad seperti yang diumumkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2017.
Menurutnya, kerajaan akan membina lebih banyak Rumah Bina Negara jika peruntukkan tambahan.
"Ini adalah sasaran kita berdasarkan bajet yang kita ada dulu, mungkin boleh berubah kalau tahun depan PM bagi RM100 juta lagi untuk 2018 lebih banyak bukan setakat 3,000 lebih daripada itu.
“2017, Felcra boleh bina 2,000 rumah maknanya dari sasaran Felcra sehingga 2020, 3,000 unit dengan bajet seperti ini. Kalau katakan 2018 dapat, 2019 dapat, maknanya lebih lagi, jadi kita cuma meletakkan sasaran berdasarkan setakat yang kita ada," katanya selepas melancarkan Rumah Bina Negara Felcra Sri Makmur di sini di bawah Skim Penyusunan Semula Kampung.
Ketika ini Felcra Berhad sedang membina 1,183 unit Rumah Bina Negara di lapan lokasi di seluruh negara dengan kos keseluruhan sebanyak RM180 juta.
Antara lokasinya di Tembangau, Pahang 216 unit, Sukau di Sabah, 124 unit; Lakai di Negeri Sembilan, 94 unit; dan Belimbing Tolak di Kedah, 100 unit; manakala di Felcra Sri Makmur Pekan 140 unit.
Sebanyak 140 unit rumah dibina berkonsep banglo di atas tanah berkeluasan 35.3 ekar.
Rumah berkeluasan 700 kaki persegi, 3 bilik tidur dan 2 bilik air itu ditawarkan pada harga RM75,000 seunit dengan ansuran bulanan serendah RM450 yang yang diuruskan oleh Felcra Berhad.
Astro Awani
Sun Nov 20 2016
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) meninjau rumah yang siap dibina pada pelancaran Rumah Bina Negara Felcra Sri Makmur, di Maran, hari ini. - Foto Bernama
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Felcra Berhad tidak kompromi rasuah
Felcra Berhad Wilayah Perak tidak akan berkompromi dan memandang remeh setiap isu melibatkan integriti dalam kalangan petugas agensi itu, kata Pengurus Besarnya Yusoff Razali.
Kerajaan kenal pasti keluasan tanah untuk aktiviti agromakanan - Zahid
Ahmad Zahid berkata hal ini secara tidak langsung akan memberi peluang kepada peserta Felcra dan generasi seterusnya sebagai tenaga kerja dalam bidang terbabit.
Bantu tiga daerah termiskin antara fokus KKDW bantu Sabah - Ahmad Zahid
Pihak Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sendiri telah menyuarakan saranan, supaya KKDW dapat membantu tiga daerah itu.
Perbicaraan Bung Moktar, Zizie Izette bermula 23 September
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad diarah untuk membela diri atas pertuduhan rasuah RM2.8 juta membabitkan Felcra Berhad.
Bung Moktar, Zizie Izette diarah bela diri atas pertuduhan rasuah
Bung Moktar dan Seri Zizie Izette diarah untuk membela diri atas pertuduhan rasuah RM2.8 juta membabitkan Felcra Berhad.
Keputusan kes rasuah Bung Moktar, Zizie Izette esok
Ia membabitkan suapan bagi mendapatkan kelulusan Felcra Berhad melabur RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual.
KPLB beri lebih RM10 juta laksana aktiviti perkasa usahawan luar bandar
Penyaluran itu merupakan inisiatif membantu usahawan luar bandar untuk membudayakan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
COVID-19: Felcra laksana proses sanitasi, situasi terkawal dan selamat
Operasi pembersihan sanitasi secara menyeluruh melibatkan enam tingkat di Wisma FELCRA bermula pada hari ini dan esok.
COVID-19: Tidak perlu sampai tutup pejabat - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia memadai dengan mengambil langkah pencegahan dan menjalankan disinfeksi.
Bung Moktar dan Zizie mengaku tidak bersalah tuduhan rasuah babitkan RM2.8 juta
Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan rasuah membabitkan Felcra Berhad berjumlah RM2.8 juta.