Kerajaan sedia bantu swasta bangunkan teknologi baharu - Tun M

Fareez Azman
Disember 17, 2018 06:12 MYT
Menurut Dr Mahathir, kerjasama di antara beberapa agensi di bawah kerajaan serta pihak swasta mampu meneroka teknologi terkini yang boleh menyelesaikan masalah sekali gus menjana pendapatan negara. - Gambar fail
Kerajaan akan memberi bantuan kewangan kepada institusi penyelidikan dalam meningkatkan industri teknologi negara.
Menurut Perdana Menteri , Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan sedia menghulurkan bantuan meskipun penyelidikan dan pembangunan (R&D) sesuatu produk mahupun teknologi memerlukan perbelanjaan yang tinggi.
Justeru, kerjasama di antara beberapa agensi di bawah kerajaan serta pihak swasta, jelas beliau, dilihat mampu meneroka teknologi terkini yang boleh menyelesaikan masalah sekali gus menjana pendapatan negara.
“Pembangunan penyelidikan memang menelan perbelanjaan yang tinggi, kadang-kala hasil penyelidikan tidak sepadan dengan penyelesaian masalah yang diharapkan, tetapi boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah lain dalam dunia teknologi terkini.
"Kerajaan sedia bantu menyalurkan bantuan kewangan. Contohnya, syarikat gergasi dari Korea, Samsung yang menghabiskan berbilion ringgit semata-mata untuk pembangunan penyelidikan dan kini mereka setaraf dengan syarikat gergasi Apple dari Amerika Syarikat. “
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap dalam Dialog bersama Pemain Industri Teknologi Tinggi anjuran Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) di Cyberjaya.
Menurut beliau lagi, kerajaan bersedia membuka laluan bagi tujuan itu menerusi beberapa agensi termasuk MIGHT.
#Amerika Syarikat #Apple #industri teknologi #institusi penyelidikan #Mahathir Mohamad #MIGHT #Samsung