Kerajaan akan menyediakan subsidi antara RM15,000 dan RM20,000 bagi membolehkan rakyat membeli rumah mampu milik, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau berkata Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) akan membina tiga jenis rumah mampu milik dengan tiga bilik tidur berharga RM65,000, RM55,000 dan RM45,000.
"Bagi rumah berharga RM65,000, kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000. Bagi kediaman berharga RM45,000, subsidi yang disediakan sebanyak RM15,000," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar acara Simposium Zakat Perniagaan Nasional 2013 di sini.
Beliau juga berkata Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan di Parlimen 25 Okt ini merupakan bajet 'mesra rakyat' yang memberi tumpuan ke atas kediaman mampu milik dan pembangunan infrastruktur.
Ahmad Husni berkata kerajaan juga mahukan SPNB menjadi pemaju rumah mampu milik berskala besar untuk rakyat, membina banglo dengan harga jualan kira-kira RM250,000, selain rumah berkembar dua dan rumah teres, masing-masing berharga RM100,000 dan RM80,000.
"Kerajaan juga akan menekankan pembangunan infrastruktur dalam bajet akan datang, terutama di kawasan yang kurang mendapat akses bekalan elektrik, air dan jalan," katanya.
Dalam ucaptamanya, Ahmad Husni berkata simposium itu menunjukkan inisiatif yang semakin meningkat dalam usaha menyelaraskan amalan perniagaan moden yang berlandaskan prinsip Islam.
"Kerajaan membuat beberapa peruntukan untuk zakat individu, termasuk perakuan ke atas keseluruhan jumlah yang dibayar sebagai rebat cukai.
"Bagi zakat perniagaan, kerajaan mencadangkan zakat ke atas pendapatan perniagaan yang dibayar oleh syarikat, boleh ditolak cukai dalam pengiraan cukai pendapatan korporat, tidak melebihi 2.5 peratus daripada pendapatan agregat," katanya.
Simposium sehari itu dianjurkan oleh Institut Akauntan Malaysia dan Universiti Tenaga Nasional. Ia bermatlamat meningkatkan standard piawaian perakaunan dan amalan pelaporan untuk semua pemegang kepentingan dalam ekosistem zakat.
Bernama
Tue Oct 08 2013
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Husni bertanding bebas hanya spekulasi - Dr Zambry
Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata spekulasi itu sengaja diwujudkan oleh pihak tertentu bagi mengoyahkan kepimpinan UMNO Tambun menjelang PRU-14.
Hanya mahkamah boleh tentukan sama ada bekas menteri langgar Akta Hasutan atau OSA - Pandikar
Yang Dipertua Dewan Rakyat menegaskan hanya mahkamah mempunyai kuasa menentukan sama ada tiga bekas menteri kanan didapati melanggari Akta Hasutan atau Akta Rahsia Rasmi.
Muhyiddin hadir di Bukit Aman untuk diambil keterangan
Tan Sri Muhyiddin Yassin, tampil di ke Bukit Aman pagi tadi, bagi merakamkan percakapan berhubung ucapannya yang menyentuh tentang isu 1MDB di Parlimen baru-baru ini.
Belum ada keperluan UMNO ambil tindakan terhadap Husni - Annuar
Tan Sri Annuar berkata Ahli Parlimen bebas bersuara dan setakat ini Datuk Seri Husni tidak melanggar apa-apa peraturan parti.
'Tidak molek UMNO serang Ahmad Husni' - Armand
Semua pihak dalam UMNO diminta tidak menyerang Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dengan tohmahan yang akhirnya memberi kesan negatif kepada parti.
'Biarlah saya bersuara dari perspektif saya' - Ahmad Husni
Ahli Parlimen Tambun itu berkata, beliau berharap peluang itu diberikan dan menekankan ia adalah bagi kebaikan demi masa depan negara.
Kerajaan umum peruntukan lebih besar dalam Bajet 2016 - Ahmad Husni
Kerajaan dijangka mengumumkan bajet yang lebih tinggi bagi 2016 pada 23 Oktober ini berikutan ia merupakan bajet permulaan bagi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).
Kerajaan tidak bercadang untuk laksana tambatan ringgit
Kerajaan menjangka ringgit akan stabil berdasarkan hakikat asas ekonomi Malaysia yang kekal kukuh.
Henti tuduh 1MDB yang bukan-bukan, kata Ahmad Husni
Semua pihak diminta menghentikan segala dakwaan tidak berasas berkaitan urus niaga 1MDB selepas laporan awal siasatan Ketua Audit Negara baru-baru ini mendapati tiada bukti sebarang salah laku.
1MDB dalam proses laksanakan IPO - Husni Hanadzlah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, langkah mendapatkan sumber kewangan jangka pendek itu dijangka dilaksanakan pada Jun atau Julai depan.