SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menafikan telah memberi kelulusan bagi pembinaan lebuh raya baru yang diberi nama sebagai Sungai Klang Expressway (SKE), sebagaimana yang ditularkan dalam sebuah video di media sosial baru-baru ini.
Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor Izham Hashim berkata pihak kerajaan negeri telah meneliti video tersebut, dan mendapati bahawa projek itu tiada dalam kelulusan projek lebuh raya baru yang akan dilaksanakan di Selangor.
"Sebaliknya kerajaan negeri mendapati video pembinaan jajaran SKE itu hampir serupa cadangan pembinaan lebuh raya Sungai Klang Link (SKL), yang telah mendapat kelulusan dasar Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 27 Jan lalu, namun projek itu masih menunggu kelulusan daripada pihak kerajaan Persekutuan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau menjelaskan segala pelaksanaan projek penswastaan lebuh raya di negeri-negeri, adalah tertakluk kepada kelulusan kerajan Persekutuan, manakala kerajaan negeri hanya akan memudah cara pelaksanaan projek lebuh raya tersebut, supaya mematuhi peraturan sedia ada.
"Kita akan merujuk perkara ini kepada Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor untuk meneliti aspek perundangan yang boleh diambil ke atas syarikat SKE tersebut, yang dipercayai baru ditubuhkan pada hujung 2020, malah pihak kerajaan negeri tidak pernah menerima apa-apa permohonan daripada syarikat itu setakat ini," katanya.
Beliau berkata penyebaran video berkenaan mampu mencetuskan kebimbangan dan kekeliruan kepada rakyat dengan penggunaan beberapa logo pihak berkuasa tempatan, menunjukkan seolah-olah projek tersebut telah mendapat kelulusan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 09 2021
Izham bercakap pada sidang media mengenai pembinaan lebuh raya baru yang dinamakan Sungai Klang Ekspressway (SKE) di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hari ini. - Foto BERNAMA
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
Kerajaan Selangor nafi luluskan pembinaan lebuh raya SKE
Kerajaan Selangor menafikan telah memberi kelulusan bagi pembinaan lebuh raya baru yang diberi nama sebagai Sungai Klang Expressway (SKE), sebagaimana yang ditularkan.