Jabatan Peguam Negara buat masa ini belum lagi menggubal sebarang draf peraturan yang menggariskan peranan sebuah kerajaan sementara, namun telah memberi taklimat kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan selepas Parlimen bubar.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, semua menteri kabinet, timbalan menteri dan ketua setiausaha kementerian dan pegawai kanan telah diberikan taklimat mengenai "semua perkara tentang kerajaan sementara" baru-baru ini.
“Secara ringkasnya: Jangan buat apa-apa yang akan mengikat kerajaan (yang dipilih rakyat) selepas ini. Ia juga tidak boleh lari daripada rutin," katanya kepada Astro Awani dalam satu temubual.
Menurut Abdul Gani, biarpun pihaknya sedang meneliti kemungkinan menggubal draf peraturan bagi kerajaan sementara seperti yang diusulkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, ia belum dilakukan buat masa ini.
"Kita sedang meneliti tetapi buat masa ini kita mengikuti amalan konvensyen dan tidak menggubal apa-apa," katanya.
Abdul Gani juga percaya pegawai-pegawai kerajaan adalah "orang yang berfikiran adil dan saksama" dan tahu apa yang patut dilakukan.
Kerajaan sementara ialah sebuah kerajaan yang mentadbir antara tempoh pembubaran parlimen atau dewan undangan negeri sehingga sebuah kerajaan baru dibentuk selepas pilihan raya.
Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh negeri tidak memperuntukkan apa-apa peraturan mengenai kedudukan serta bidang tugas kerajaan sementara.
Malaysia menerima pakai amalan yang dilaksanakan dalam sistem Parlimen Westminster iaitu kerajaan penyandang meneruskan kuasa sebagai kerajaan sementara sehingga kerajaan baru dipilih oleh rakyat.
Menurut Abdul Gani, konvensyen yang diamalkan antaranya di United Kingdom dan New Zealand itu hanya bersandarkan kepada peraturan dan bukannya undang-undang dan Malaysia akan terus mengguna pakai konvensyen berkenaan.
Kenyataan Peguam Negara ini menyusul laporan Astro Awani baru-baru ini apabila pakar undang-undang mencadangkan penggubalan satu kanun khas atau sekurang-kurangnya peraturan mengenai ruang lingkup bidang kuasa kerajaan sementara.
Pada September 2012, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa ia telah menggubal draf kod amalan kerajaan sementara tetapi ia perlu diteliti oleh kerajaan.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof baru-baru ini dipetik berkata pihaknya tidak ada kuasa untuk membuat garis panduan berkenaan kerana ia tidak diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) baru-baru ini mengumumkan ia akan mengeluarkan satu kod amalan kepada calon serta peraturan kepada kerajaan sementara untuk PRU-13 ini.
Teoh El Sen
Thu Apr 04 2013
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Mohamed Apandi tuntut ganti rugi atas penamatan khidmat sebagai Peguam Negara
Surat bertarikh 30 Sept melalui firma guaman Tetuan Shukor Baljit & Partners itu telah diserahkan kepada AGC semalam.
"Saya tidak berkhidmat lagi" - Gani Patail enggan ulas afidavit kes Musa Aman
Tan Sri Abdul Gani Patail enggan mengulas lanjut berhubung afidavit yang diikrarkan oleh beliau berkaitan pendakwaan kes rasuah dan penggubahan wang haram terhadap Tan Sri Musa Aman.
Polis berjaya rungkai kes tembak pemandu Gani Patail - Bukit Aman
Datuk Huzir Mohamed berkata antara yang ditahan termasuk dua daripada tiga suspek yang terlibat dengan kes itu, manakala penembak berusia 40-an masih diburu.
PIACCF bantu bela nasib pegawai agensi antirasuah yang teraniaya
Pengenalan yayasan ini menjadikan Malaysia antara negara paling hadapan dalam usaha memerangi rasuah.
"Bila saya tengok benda tu rasa macam nak nangis" - Transkrip perbualan dipercayai antara Dzulkifli Ahmad dan Najib
Berikut transkrip perbualan yang dipercayai antara bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad bersama-sama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib arah saya pecat Gani Patail - Ali Hamsa
Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa berkata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dipecat.
Muhyiddin dipecat kerana persoal 1MDB - Ali Hamsa
Bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail juga dipecat dari jawatannya pada Julai 2015 disebabkan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak telah hilang keyakinan terhadapnya.
Najib Razak awal 3 minit, sekali lagi berdepan penyiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi berdepan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Kronologi siasatan kes 1MDB
Pasukan khas ditubuh bagi menyiasat dakwaan berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad pada 6 Mac 2015.
Singapura keluarkan waran tangkap terhadap Jho Low pada 2016
Notis Merah Interpol adalah permintaan oleh negara anggota untuk mencari dan menahan individu yang dikehendaki berdasarkan waran tangkap sesebuah negara yang sah.