KEMAMAN: Kerajaan sedang meneliti untuk mengenakan larangan daripada memasuki masjid terhadap golongan 'mukhannath' atau 'transgender' di Wilayah Persekutuan, sebagaimana yang telah dilaksanakan di Perlis.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, tindakan pihak berkuasa agama di Perlis yang mengenakan larangan tersebut adalah wajar bagi menjaga kesucian masjid dan menghindari kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
"Saya bercakap dalam konteks Wilayah Persekutuan kerana itu dalam bidang kuasa kita. Negeri-negeri lain terpulang kepada pihak berkuasa agama masing-masing. Soal kita hendak galakkan negeri-negeri ikut apa yang dilakukan di Perlis, kita kena tengok kepada keseriusan kes yang berlaku (di negeri-negeri).
"Bagi saya apa yang dilakukan oleh Perlis itu adalah satu tindakan yang boleh dicontohi kerana kalau golongan ini masuk ke dalam masjid mereka lelaki, kadang-kadang mereka pakai tudung jadi itu sangat tidak sesuai. Kalau orang lelaki masuk ke sebelah Muslimat, jadi itu sudah mengganggu privasi kumpulan wanita. Tetapi kalau mereka hadir (ke masjid) untuk bertaubat, itu tidak apalah," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Program Inspirasi Qaseh Kami: Food Bank YaPEIM 3.0 Di Kemaman, di pekarangan Stesen Teksi di sini hari ini.
Ahmad Marzuk berkata, bagaimanapun setakat ini, pihaknya belum menerima maklumat atau laporan berkaitan 'pencerobohan' golongan transgender di masjid dan pihaknya percaya tindakan larangan yang dilakukan di Perlis itu adalah sebagai satu langkah pencegahan.
Dilapor baru-baru ini, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam kenyataan yang dimuatkan dalam Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis menyatakan golongan 'mukhannath' atau lebih dikenali dengan panggilan 'mak nyah' atau transgender diharamkan memasuki masjid dalam keadaan kecelaruan jantina kerana boleh mengganggu suasana ibadah di masjid.
Mohd Asri berkata, berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-53/2021 pada 23 dan 24 Jun lepas, golongan ini sengaja menyerupai jantina berbeza dan termasuk dalam golongan fasik.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 24 2021
AHMAD MARZUK: Kalau orang lelaki masuk ke sebelah Muslimat, jadi itu sudah mengganggu privasi kumpulan wanita. Tetapi kalau mereka hadir (ke masjid) untuk bertaubat, itu tidak apalah. - Gambar fail
Kuasa bekukan permit pemindahan padi antara negeri di bawah Akta 522 - KPB
Kuasa membekukan permit pemindahan padi antara negeri adalah di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) melalui fungsi Ketua Pengarah KPB.
Air Balang RM1 jadi tumpuan Bazar Ramadan Temenggong, Kulai
Bukan sekadar berniaga, pengusaha Air Balang RM1 juga ambil kesempatan lakukan jariah di bulan penuh kemuliaan.
Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
AWANI Ringkas: Agihan RM0.67 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bedah siasat: PSM libatkan jururunding, kontraktor padang SNBJ
Perbadanan Stadium Malaysia akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) minggu hadapan.
Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.
Pantau Agenda Reformasi: Israel terus berdegil, apa peranan global?
Perbincangan memfokus kepada strategi global dalam mendepani kedegilan rejim Zionism yang terus menerus melancarkan serangan ke arah Palestin walaupun Majlis Keselamatan PBB (UNSC) tela menuntut gencatan senjata segera di Gaza, pada Isnin.
Keliling kampung, ketuk buluh kejut penduduk bersahur
Pasukan gerak sahur di Teluk Bahang di sini masih mengejutkan penduduk di kawasan itu untuk bangun bersahur walaupun sudah dua minggu umat Islam berpuasa.
PADU: Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan - Pakar
Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem PADU berjaya.
JAIPk akan teruskan operasi gempur aktiviti tidak bermoral, transgender
JAIPk akan terus melaksanakan operasi mencegah sebarang kegiatan mungkar yang melibatkan isu moral dan ia akan dilakukan secara berkala.
Melaka bantah penganjuran 'ratu pondan' - Exco
Melaka menegaskan tidak akan membenarkan sebarang penganjuran acara peragaan ratu pondan yang didakwa bakal diadakan di sebuah hotel terkemuka di negeri ini.
Rogol dan tikam teman wanita, transgender bakal jalani hukuman mati di AS
Seorang wanita transgender bakal menjadi transgender pertama yang akan menjalani hukuman mati di Amerika Syarikat kecuali dia diberikan pengampunan.
Anak jutawan Elon Musk mohon tukar nama keluarga, enggan ada kaitan dengan bapa
Xavier merupakan salah seorang daripada lima anak Musk bersama bekas isterinya, penulis Justine Wilson.
Badan induk renang haramkan atlet transgender bertanding dalam acara wanita
Buat masa ini tiada wanita transgender bersaing dalam pertandingan renang di peringkat elit atau profesional.
Ziarah, belanja makan golongan transgender di Surabaya, usaha Ebit Lew dapat pujian
Ebit mendedahkan yang ada antara golongan transgender di sana yang mula bekerja di situ sekitar usia 14 tahun dan ada juga yang berbuat demikian bagi menyara keluarga.
Transgender perlu ubah penampilan jika mahu masuk masjid - Mufti
Tindakan itu perlu dilakukan untuk mengelak rasa tidak senang dan janggal dalam kalangan jemaah lain.
Kerajaan teliti kenakan larangan golongan transgender memasuki masjid di Wilayah Persekutuan
Tindakan pihak berkuasa agama di Perlis mengenakan larangan itu adalah bagi menjaga kesucian masjid dan menghindari kekeliruan masyarakat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bekas anggota RAAF dipenjara 22 bulan bunuh transgender
Bekas anggota tentera berpangkat korporal RAAF dipenjara 22 bulan atas tuduhan membunuh seorang transgender.